Search This Blog

Friday, September 13, 2019

SejarahTerukir -1st DIBW 2019 Di Rasmikan



Akhirnya saat yang ditunggu oleh peminat motosikal khususnya dari selatan tanahair tiba.

1st Desaru International Bike Week 2019 telah membuka tirainya malam tadi.
Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim,penaung diraja bagi program DIBW 2019 telah merasmikannya.


Upacara perasmiannya cukup simbolik. Tunku Ismail Sultan Ibrahim telah  menghidupkan enjin motosikal Harley Davidson Softail Breakout 114 sebagai isyarat perasmian DIBW 2019.


Tidak dinafikan upacara perasmian DIBW 2019 yang ulung ini penuh warna warni dengan pelbagai persembahan kebudayaan tempatan dan dari negara Indonesia.

Turut hadir meyerikan lagi upacara perasmian ialah Tuan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud dan isteri. YAM Tengku Seri Temengong Raja,Dato Sri Tengku Baharuddin Ibni Sultan Mahmud serta Toh Puan.


Dua orang pengunjung telah berjaya memenangi hadiah cabutan bertuah.

Presiden Ladys Bikers Malaysia -Kak Mira bergaya dengan hadiah cabutan bertuah
1st Desaru International Bike Week 2019 meupakan perhimpunan bertaraf antarabangsa. Dapat disaksikan kehadiran beberapa wakil kelab motosikal dari Indonesia,New Zealand, Thailand, Filipina ,Korea ,Brunei dan Kemboja.

Wakil kelab dai New Zealand turut hadir - DIBW 2019
DIBW 2019, sememangnya acara yang 'GAH', acara yang berjaya membuka mata masyarakat antarabangsa serta acara yang menjana ekonomi di masa hadapan.


Sepanjang 25km pesisiran pantai Desaru bermula 13-16 sept pelbagai acara di 4 lokasi berbeza di penuhi pelbagai acara permotoran dan juga sukan rakyaat.

Ternyata DIBW 2019 bukan hanya mengamit pemilik dan peminat motosikal sahaja, malahan menyantuni penduduk setempat untuk turut sama.

Drag Race Pantai
Drag Race pantai, perlumbaan Jet Ski, acara sukan rakyaat,pameran kenderaan dan motosikal. Gerai makanan dari seluruh Asean, Serta persembahan dari artis luar negara dan tempatan.

Persiapan untuk acara sukan rakyaat
Jualan pakaian motosikal, khidmat nasihat dari pakar motosikal dan juga pelbagai lagi tersedia sepanjang DIBW 2019 berlangsung.







No comments:

Islamik,Berdisplin,Muafakat - Melaka Lady Bikers

Melaka Lady Bikers, bukannya satu nama yang besar dan juga bukan grup motosikal yang dilimpahi dana berjuta. Intergriti ahli serta pemimpi...