Search This Blog

Monday, September 30, 2019

DIBW 2019 - Simpati dan Prihatin



Mati itu pasti. Bila dan ketika itu ketentuan Ilahi.

Sikap bertanggungjawab dan Prihatin yang ditunjukkan oleh penganjur 1st Desaru International Bike Week 2019, terpuji.

Walaupun tidak mengenali, apatah lagi bersua muka namun penganjur tetap memikul tanggungjawab dengan apa yang berlaku kepada pengunjung yang datang meraikan acara tersebut.

Peristiwa yang memilukan buat dua beradik kehilangan tempat bermanja dalam sekelip mata sungguh menyayat hati.

Nur Syazwany berhijab putih dan Muhammad Akmal berketayap
Nur Syazwany Mohd Hanafi 17 tahun dan adiknya Muhammad Akmal 12 tahun menjadi yatim piatu insiden kehilangan ibu dan bapa yang terlibat dalam kemalangan maut.

Kemalangan yang berlaku di KM29 Jalan Kota Tinggi-Mersing melibatkan sebuah kereta Perodua Alza merempuh Mohd Hanafi 37 dan Salimah Mohd Shafei 40 yang menaiki motosikal berkuasa tinggi.

Arwah suami isteri menyertai konvoi motosikal berkuasa tinggi dari Kuala Terengganu menuju ke Desaru, bagi menyertai acara 1st Desaru International Bike Week(DIBW) pada 13 sept 2019.

Akibat kecederaan parah, keduanya meninggal di tempat kejadian.


Arwah berdua telah meninggalkan anak sulung yang akan menduduki peperiksaan SPM penghujung tahun ini dan adiknya yang menunggu keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah(UPSR).

Simpati dengan mangsa tragedi, rombongan DIBW 2019 diketuai oleh Dato' Hj Ismail Karim dan isteri serta  Dato' Sri Hj Shahrizal Hj Md Ishak dan Datin Sri Hajjah Elly Zalilah Hj Md Yusof.telah berkunjung ke rumah arwah.

Ahli kelab ECMC dari Terengganu juga turut menyertai rombongan DIBW berkunjung ke rumah arwah di kampung Pulau Duyung,Kuala Terenganu baru-baru ini.


Rombongan DIBW berkesempatan menziarahi pusara arwah suami isteri tersebut. Pihak DIBW turut menghulurkan sumbangan kepada kedua anak arwah yang disampaikan oleh Dato' Hj Ismail Karim.

Jenazah arwah Mohd Hanafi dan arwah Salimah telah disemadikan dalam satu liang di Tanah Perkuburan Islam kubur Rambai,









PIAGGIO Tidak Berjaya Saman ZHONGNEN




Piaggio dikatakan telah kalah dalam 'SAMAN' berhubungkait hak paten terhadap Zhejiang Zhongnen (ZNEN).

Zhejiang Zhongnen (ZNEN) adalah pembuat Skuter dari China.

Dalam kes itu, Piaggio berhujah bahawa hak harta inteleknya untuk skuter Vespa LX telah diciplak oleh Zhejiang. Pihak Piaggio berkata, model LX telah wujud sejak tahun 2005.

EUIPO(European Union Intellectual Property Office). Satu badan yang  bertanggungjawab untuk menguruskan tanda dagangan EU dan reka bentuk Komuniti berdaftar. Bertindak menangani kes tersebut.

EUIPO telah mengeluarkan kenyataan rasmi tentang isu pelanggaran "PATEN" seperti yang didakwa oleh Piaggio terhadap Zhongnen(Znen) adalah tidak tepat dan teramat berbeza rekabentuknya.

Vespa LX Keluaran Piaggio

Tuntutan dari Piaggio melibatkan tiga reka bentuk melengkung Vespa LX. Model keluaran tahun 2006.

Kes tersebut telah di ajukan kepada EUIPO oleh Piaggio pada tahun 2014 dengan alasan reka bentuk mereka  telah diciplak.

Perbezaan garis-garis yang terdapat di Skuter keluaran Zhongnen jauh tersasar jika dibandingkan garis-garis yang terdapat pada model Vespa LX.

Skuter keluaran Zhongnen garis-garisnya adalah bersudut. Sementara garis-garis yang terdapat pada Vespa LX  adalah jelas.

Skuter keluaran Zhongnen
Sementara Zhongnen telah patenkan reka bentuknya pada tahun 2010.

Pihak EUIPO juga berkata, tanpa melihat lambang atau logo jenama, perbezaan garis-garis tersebut sudah cukup bagi mengenal pasti asal usul Skuter tersebut.

Keputusan muktamad dari EUIPO, Zhongnen tidak menyalahgunakan reka bentuk Vespa LX kerana perbezan yang begitu ketara.

Reka bentuk Zhongnen yang dikemukakan kepada EUIPO terlihat seolah-olah ia mungkin telah dipengaruhi oleh reka bentuk Vespa klasik, tetapi garis-garis tidak lurus.

Piaggio terpaksa menanggung kos Mahkamah lantaran kalah dalam prosiding saman tersebut.










Sunday, September 29, 2019

Baru - MODENAS KRISS 110


Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd ("MODENAS"), anak syarikat DRB-HICOM Berhad (DRB-HlCOM ) telah melancarkan model KRISS 110 baru-baru ini.

Modenas berharap pengeluaran model baru ini dapat memperluaskan lagi jenama Modenas kepada berjuta-juta penunggang motosikal di negara ini.


KRISS 110, motosikal empat lejang dengan waranti selama dua tahun atau 20,000km, yang mana lebih awal,


Model dengan penawaran gaya premium tanpa harga yang tinggi. Mendapat piawaian pelepasan Euro 3 sepenuhnya.


Ketinggian tempat duduk 755mm, memudahkan kepada mereka yang baru berjinak dengan motosikal. Kapasiti bahanapi 4.21 liter.


KRISS 110 juga dilengkapi dengan drum brek depan dan belakang.Reka bentuk lampu sporty.

Harga yang ditawarkan terlebih dari mampu milik iaitu RM 3,377(tanpa Cukai jalan/insuran/caj pendaftaran)




Saturday, September 28, 2019

Tersilap Saiz Radiator - Punca Pannigale V4 R Gagal Di Endurance



Ducati Panigale V4 R membuat kemunculannya dalam Perlumbaan Endurance  di Bol D'Or baru-baru ini. Namun bernasib malang akibat kegagalan mekanikal.

Radiator Besar , itu punca yang menyebabkan kegagalan Panigale V4 R menamatkan perlumbaan Endurance di Magny-Cours.


Menarik juga kerana ternyata motor Ducati V4 sangat sensitif terhadap suhu.

Uniknya ini bukan kerana enjin terlalu panas, tetapi kerana saiz radiator terlalu besar dan mengakibatkan suhu minyak terlalu sejuk.


Pasukan Hertrampf Racing Endurance akhirnya terpaksa mengundurkan diri dari perlumbaan. Ini memungkinkan kerosakan akan menjadi lebih serius jika perlumbaan di teruskan.

Insiden ini berpunca ketika berlumba di Bol D'or dan cuaca di Magny-Cours sejuk.Tekanan minyak tidak dapat mencapai tahap yang diperlukan.


Ini berlaku apabila minyak membeku lantaran cuaca sejuk.

Namun dengan insiden yang tidak dijangka ini, Ducati Panigale V4 R terpaksa menjalani beberapa perubahan untuk digunakan dalam siri FIM EWC,


Kenyataannya tangki bahanapi yang lebih besar diperlukan.


https://youtu.be/b50skIOSIRI



Friday, September 27, 2019

PULSAR NS160 - Dilancarkan Hari ini




Naked Sport Bajaj NS 160 telah dilancarkan hari ini.

Pelancaran disempurnakan oleh Dato Sri Syed Faisal Albar, Pengarah Urusan Kumpulan DRB-Hicom Berhad bersama Pegawai Eksekutif Modenas, Roslan Roskan.


Ternyata hasil kerjasama Modenas dan pembuat motosikal terkemuka India, Bajaj Auto membuahkan hasil di mana sebanyak 10,000 unit telah terjual di negara kita.

Tiga buah model iaitu Pulsar, V15 dan Dominar, telah berjaya menambat hati peminat dua roda di Malaysia.


Difahamkan Bajaj NS160 versi Naked Bajaj paling laris.

Harga yang ditawarkan RM7,577.00 (tanpa cukai jalan/insuran/yuran pendaftaran)


Spesifikasi

Enjin – 4 Stroke, SOHC 4 Valve, Oil Cooled, Twin Spark DTS-i engine
Sesaran – 160.3cc
Kuasa – 1105 kW (14.8PS) @ 8500 rpm
Tork – (Nm @ RPM) 13.99 @ 6500
Kotak gear – manual 5 kelajuan
Suspensi depan –  Telescopik dengan Anti-friction Bush
Suspensi belakang – Nitrox monoshock absorber dengan Canister
Brek – Cakera depan (240mm), belakang (230mm)
Tayar – 90/90-r17 (depan), 120/80-r17 (belakang
Tangki bahanapi – 12 liter


Thursday, September 26, 2019

Benelli 502C Dilancarkan



Benelli 502C ,motosikal dengan rekabentuk kontemporari baru saja dilancarkan. Menurut MForce Bike Holdings Sdn Bhd, model ini akan berada di pasaran negara kita penghujung oktober nanti.


Harga bagi model Cruiser ini ialah RM 31,588 (tidak termasuk cukai jalan/insuran dan caj pendaftaran).


Benelli 502C enjin yang dikuasakan sama seperti TRK 502 , unit 2 silinder DOHC 500cc, suntikan bahanapi dan penyejukan cecair.Menghasilkan 47 hp pada 8,500 rpm dan 45 Nm tork pada 5,000 rpm.


Transmisi enam gear kelajuan. Sementara berat adalah 220kg dengan kapasiti 21.5 liter tangki bahan api.


Rim hadapan untuk model ini adalah bersaiz 17 inci dan saiz tayar ialah 120/70.Di belakang pula 160/60. Suspensi hadapan dipadankan dengan fork USD dan jenama Kayaba bagi suspensi belakang.


Sistem brek dengan ABS, dimana dwi cakera terpasang di roda hadapan dan cakera tunggal di roda belakang. Demi cengkaman yang mantap angkup Brembo digunakan pada hadapan dan belakang.


Paparan meter digital yang terkini. Model ini ditawarkan dalam tiga warna iaitu Metallic Black, Matte Black dan Metallic Red.





Tuesday, September 24, 2019

BENDA ASURA 400 - Bakal Pujaan Peminat Naked



BENDA  Asura 400, pelik benar bunyi jenama motosikal yang bakal mencelikkan mata peminat versi Naked. Rasanya peminat versi Naked akan tergelak bila mendengar nama motosikal ini.

Melihat dari foto-foto yang di terima, Tester dapat mengagak motosikal ini seolah-olah ciplak ilham cipta dari Eropah. Ini kerana bentuk badan,aksesori serta menjurus kearah model Ducati Diavel.

Versi Naked kelas pertengahan. Hanya 400cc,tetapi jangan dipandang sebelah mata.

Pelbagai instrumen terkini yang dipasang pada BENDA Asura 400 mempunyai maksud yang tersendiri, Seolah ada mesej yang ingin disampaikan oleh pereka motosikal.

Walaupun model ini belum pasti masuk ke negara kita, mari kita tengok komponen yang menarik terdapat pada versi Naked bakal mencuit hati peminat dua roda.

1. Lampu Depan Seperti Mata Robot



2.Penggantungan terbalik mengikut kehendak peminat




3.Brek depan menggunakan dwi cakera



4.Speedometer menggunakan TFT



5.Penapis udara diperbuat daripada bulat biru berkilat



6.Swingarm belakang besar



7.Rim yang Artistik



8.lampu belakang di mud guard



9.Kusyen Pendek



10.Kusyen pembonceng agak menyiksakan



11.Tangki bahan api agak besar



12.Ventilasi Udara 



13.Keterampilan nampak garang



BENDA Asura 400 dengan enjin dua silinder 389cc. Kuasa maksima ialah 27 kw. Tork maksima 32 Nm.

Maksima bahanapi ialah 16 liter. Dan Kelajuan maksimum ialah 160 km/j sementara berat motosikal ialah 203 kg.




Saturday, September 21, 2019

Honda CBR250RR - Bila Masuk Malaysia?



Pastinya menjadi kegilaan peminat dua roda andai model ini terjah ke pasaran negara kita.

Persoalannya bila?


Apakah ada jawapan yang tepat dari Boon Siew Honda Malaysia. Atau sekadar melihat model ini sudah lapuk di negara jiran, barulah terhegeh-hegeh muncul di negara kita.



Ini yang sering berlaku bagi sesetengah model. Peminat dua roda negara kita hanya mampu melihat dan mendengar kabar kemunculan model terkini melalui media.


Adakah kelewatan sesebuah model terkini memasuki pasaran negara kita merupakan strategi perniagaan dari pengeluar terkemuka atau negara kita dianggap kurang peminat.


Honda CBR250RR contohnya, agak terkejut bila dipertontonkan kepada media. Terpandang tulisan yang terpampang di badan motosikal tersebut di dalam bahasa Indonesia.


Jelas bahawa model CBR250RR yang dipertontonkan kepada kami hanya untuk pasaran Indonesia buat masa ini.


Ramai peminat dan penggemar Honda telah berteriak bertanyakan, "Di mana Honda CBR250RR?
Jawapan yang pastinya ia hanya tersedia untuk pasaran di Jepun, Indonesia dan Thailand.

Apa pun kami berterima kasih kepada Boon Siew kerana diberi peluang untuk melihat model ini ketika pelancaran pasukan AP250 Idemitsu Boon Siew Honda Racing di sepang.


Pada asasnya CBR250RR kelihatan seperti Sportbike 250cc yang paling canggih dan berkualiti.
Fork jenama Showa jenis terbalik. Brek kaliper Nissin empat piston di depan, serta ABS,


Melihatkan kepada kusyen tempat duduk, mengingatkan kita kepada model itu CBR1000RR Fireblade. Apabila melihatkan kepada kualiti yang dimiliki secara automatik terfikir harganya.


Walaupun dibawah 500cc, namun kualiti yang dimiliki oleh Honda CBR250RR memberi petanda iaitu harga nya berkemungkinan dalam lingkungan RM34,000 hingga RM38,000 di negara kita.


Jika  sedemikian harganya akan membuatkan mereka yang mencari motosikal baru akan beralih arah kepada motosikal yang berkuasa 650cc.


Harga masih dalam lingkungan CBR250RR tetapi kuasa lebih tinggi. Namun itu semua belum lagi keputusan rasmi dari Boon Siew Honda.


Kesimpulannya Honda CBR250RR ini penuh dengan ciri-ciri hebat bagi motosikal Sportbike 250cc.


 Harapan kita agar model CBR250RR akan masuk ke Malaysia secepat mungkin.



..





Islamik,Berdisplin,Muafakat - Melaka Lady Bikers

Melaka Lady Bikers, bukannya satu nama yang besar dan juga bukan grup motosikal yang dilimpahi dana berjuta. Intergriti ahli serta pemimpi...