LAMBAIAN WORLD CUP 2018
Manusia Tidak Pernah Puas Dengan Apa Yang Dimiliki.....Pepatah ada berbunyi sedemikian.adakah betul atau sekadar pepatah.
Bagi pasangan Alfishahrin dan Diana pepatah tersebut memang tepat dan lihat lah kepada iltizam pasangan ini.Bukannya menunggang superbike,Adventure atau pun sebarang motosikal berkuasa tinggi...jangan terkejut ...Honda RS 150...jentera kesayangan dan penuh nostalgia yang pernah melakar sejarah pasangan tersebut selama 146 hari menunggang dari Tanah Air ke London sempena Sambutan Hari Kebangsaan pada Ogos tahun lalu.
Kini sekali lagi masih menggunakan jentera yang sama,pasangan tersebut akan meredahi perjalanan ke Bumi Russia.Berkongsi minat yang sama terhadap sukan bolasepak,maka perancangan selama 5 bulan telah direalisasikan untuk menyaksikan perlawanan Bola Sepak piala Dunia 2018 di Russia.Semangat pasangan tersebut yang terbukti sebelum ini mungkin bakal teruji memandangkan pergerakan kali ini dimulai awal bulan ramadhan.Menurut Alfishahrin,segala persiapan termasuk bekalan makanan untuk berbuka puasa dan bersahur telah siap dibawa bersama secara ala kadar.Negara yang bakal dilalui ada yang beragama Islam dan tiada sebarang masaalah untuk beribadat apatah lagi berbuka puasa.Ini adalah pengalaman yang lepas dan tempat yang pernah dilalui semasa ke London .
Pelepasan pasangan World Cup Rider Ke Russia telah diadakan di HYPE HOTEL.Turut hadir ialah Menteri Besar Selangor sekarang dan juga penaja terdiri dari Givi,MyBikerz dan HYPE MOTORSPORT.Semoga misi dan impian pasangan ini menunggang ke Russia berjaya sekaligus mengharumkan nama Malaysia
No comments:
Post a Comment