Search This Blog

Tuesday, June 26, 2018

BSH-PELANCARAN NEO SPORTS CAFE

SELAMAT DATANG KE MALAYSIA CB1000R DAN CB250R


Boon Siew Honda secara rasmi melancarkan Neo Sports Cafe iaitu model CB1000R dan CB250R di litar Antarabangsa Sepang  baru-baru ini.Kemasukan dua model terkini Honda ke Malaysia berikutan permintaan Model "Naked" berkuasa tinggi yang ketara laris dipasaran negara kita.

Neo Sports Cafe ternyata bergaya unik dan canggih,Prestasi hebat digabungkan hasil pengerjaan tradisional Jepun.Jelas menampakkkan dimensi baharu yang segar kepada sporty dengan suasana kelas "Cafe" yang bergaya.

 CB1000R:-

Model ini dilengkapi dengan enjin empat silinder DOHC 998cc.
Maksimum tork 104,Nm@8,250 rpm.Fork depan boleh laras jenama Showa (SFF-BP).Sementara Monoshock belakang masih kekalkan jenama Showa preload dan rebound.

Sistem Brek depan dengan cakera(disk) berukuran 310mm dan ukuran Cakera(Disk) belakang adalah 256mm.turut dibekalkan ialah Sistem ABS 2 saluran.

Saiz tayar depan masih kekalkan 120/70/ZR17,namun saiz tayar belakang agak lebar iaitu 190/5/ZR17.

Model ini boleh didapati dalam dua warna:-
Graphite Black
Candy Chromosfer Red.

Harga: RM 74,999

 CB250R:-

Enjin Single Silinder dengan penyejukan liquid.DOHC,Tork maksimum 23,3N @8000rpm.
Instrumen meter LCD.
Berat 145kg.

Model ini boleh didapati dalam tiga warna:-
Matt Buller silver
Grafit Hitam
Candy Chromosfer Red

Harga: RM 22,999.

Boon Siew menawarkan waranti dua tahun atau 20,000km(mana yang lebih awal).Model kedua motosikal ini dijangka berada dipasaran bermula bulan Julai.

No comments:

Islamik,Berdisplin,Muafakat - Melaka Lady Bikers

Melaka Lady Bikers, bukannya satu nama yang besar dan juga bukan grup motosikal yang dilimpahi dana berjuta. Intergriti ahli serta pemimpi...