REZEKI DIKONGSI BERSAMA - WOM
Pernahkah rakan-rakan bikers dilembah kelang sedar ujudnya premis menjual motosikal berkuasa tinggi iaitu WOM(World Of Motion).Rasanya tidak ramai yang ketahui.Ruang pameran WOM cukup besar serta mampu memperagakan lebih dari 50 buah pelbagai jenis motosikal berkuasa tinggi.Lokasi yang dikategorikan strategik serta laluan jalan utama dari Cyberjaya menghala ke Puchong.Lokasi yang dimaksudkan ialah di R&R Layby 4,iaitu Lebuhraya Damansara Puchong.Teknoloji terkini cukup mudah,gunakan WAZE pasti ketemui premis WOM.
Pusat Pendidikan Limpahan Kasih Puchong telah diraikan dalam majlis berbuka puasa yang dianjurkan oleh WOM dengan kerjasama dari Ansara Bikers .Menurut Hj Azwan pemilik WOM,perancangan Iftar besama 120 anak-anak yatim dan miskin dari Pusat Pendidikan limpahan Kasih Puchong merupakan perancangan yang cukup singkat.Dalam masa 5 hari segalanya diselaraskan.Sumbangan duit raya serta duit untuk membeli keperluan pakaian Hari raya turut disampaikan kepada anak-anak yatim yang hadir.
Jumlah kutipan sebanyak Rm 11,565 berjaya dikumpulkan dalam waktu yang singkat.Selain dari pihak WOM,Ansara Bikers dan Ansara KB serta rakan-rakan WOM merupakan penyumbang yang berkongsi mengagihkan rezeki mereka kepada golongan yang memerlukan.Semoga segala usaha murni mereka membawa keberkatan di Bulan Ramadhan Yang Mulia.
Menceritakan sejarah penubuhan WOM,Hj Azwan seorang Otai dalam dunia permotoran, pada asasnya ingin menyatukan rakan-rakan bikers yang hampir 30 tahun terpisah.Zaman Filem Azura,itulah zaman kehebatan kami merempit.Tabung Bikers,itu lah grup kami.Bangunan Tabung Haji Lama lokasi pertemuan setiap hujung minggu.Ada yang meninggal dan ada yang berhijrah.Masing-masing sibuk dengan kerjaya dan keluarga.Dengan ujudnya premis ini,diharap rakan-rakan lama boleh hubungi beliau dan jadikanlah premis WOM sebagai lokasi pertemuan,demikian ujar pemilik WOM seorang ahli perniagaan .
No comments:
Post a Comment