Acara tahunan,acara yang sentiasa dinantikan oleh peminat dua roda di Sarawak,acara yang menghimpunkan pelbagai jenis motosikal di Borneo dan merupakan acara ke 2 terbesar Di Sarawak selain dari Sibu Bike Week.Pemilik Dua roda dari seluruh kepulauan Borneo tidak melepaskan peluang dengan jumlah kehadiran yang cukup ramai.
Miri Bike Week merupakan salah satu cabang pemangkin ekonomi bagi Negeri Sarawak.Dalam kesibukan musim PRU 14,acara ini tetap berjalan seperti biasa.7th Miri Bike Week kali ini terasa kehangatannya dengan kehadiran ramai bikers dari semenanjung yang julung kali hadir .Acara yang diadakan selama 3 hari berturut-turut bermula 4-6 mei masih di lokasi yang sama iaitu di Permy Mall.Kemeriahan acara ini tidak lengkap tanpa kehadiran Vendor dari Semenanjung yang bukan sahaja datang menyemarakkan acara ,malahan merebut peluang dengan memperkenalkan produk dan promosi servis masing-masing.
Pelbagai aktiviti menarik disediakan oleh penganjur antaranya Battle Of The Band,Beauty&Bike,Live Band Perfomance,Lucky Draw,Mr Fitness Competition.Acara yang dinanti-nantikan oleh kebanyakkan pengunjung yang hadir sudah semestinya Beauty&Bike dimana pesertanya adalah gadis-gadis jelita bukan sahaja cantik,malahan mempunyai pengetahuan luas tentang dunia permotoran.Mungkin itu antara syarat yang ditetapkan oleh penganjur.Peluang juga tidak dilepaskan oleh pengunjung untuk berhibur dengan persembahan bertenaga dari Bandi Amuk dengan penyampain lagu-lagu hit kegilaan ramai.
Penganjuran yang berjaya dari Kelab Motosikal Jaguh Miri(KMJM,Sarawak).Ramzi Hipni Presiden KMJM merupakan pengerak utama acara Miri Bike Week yang saban tahun mendapat sambutan luar dugaan.Kehadiran bikers yang semakin bertambah dari seluruh Pelosok Sarawak serta negara jiran Singapura,Indonesia dan Brunei membuktikan acara ini Terbaik .
Tahniah kepada penganjur .Semoga ditahun mendatang acara lebih hebat lagi dan pengisian acara bertambah.
No comments:
Post a Comment