Search This Blog

Tuesday, June 26, 2018

Z 900RS SPORT RETRO TERKINI




Kategori Retro terkini dan merupakan satu entri yang sekian lama ditunggu-tunggu oleh peminat Kawasaki.Model yang disifatkan sebagai satu penghormatan kepada model legenda  Z 1 .Pilihan enjin yang tepat  menjadikan motosikal Z 900RS cukup unik dalam barisan siri model Z.Model terkini adalah Sintesis Tradisional dan Moden.

Ini adalah motosikal pertama Kawasaki Retro semenjak model klasik W800 telah dihentikan pengeluarannya pada tahun 2016.Satu enjin dengan konfigurasi In-Line Four yang disokong oleh teknoloji sokongan pengendali terbaru kawasaki.Rekabentuk enjin dan rangka kedua mendapat manafaat daripada teknoloji analisis terkini dan unsur-unsur gaya yang direka dengan diteliti dilengkapi dengan ciri berteknoloji .Demi mencapai rupa paras Z900RS agar kelihaan menarik serta memukau kepada sesiapa sahaja yang melihatnya,setiap komponen dipilih dengan teliti serta penetapannya dipertimbangkan serapi yang mungkin demi kepuasan pengguna.

Pengayaan:

Model yang bergaya Moden Klasik mempunyai gaya tersendiri.Tangki minyak yang direka semula ini mengingatkan kita kepada model Z 1 pada zaman 70an.Bingkai telah direka semula bagi menampung kedudukan tangki yang panjang serta mampu menampung  17 liter minyak.

Pelana atau tempak duduk Z 900RS bersifat”Tandem”.Ianya memanjang ke belakang bagi mengimbangi model berkategori …Sport Retro…Berat motosikal ini 214kg.

Enjin.

Adalah elemen gaya penting.Rekabentuk enjin cukup mudah dan rapi bagi menampakkan kelainan pada model ini.Dapat dilihat rekabentuk penutup enjin,ianya mengimbas kembali model “Naked Tradisional” yang pernah dikeluarkan oleh Kawasaki.Z 900RS masih mengekalkan Sistem 4 Strok,In Line Four dan Penyejukkan Cecair(Water Cool).DOHC dan 16 Valve serta Fuel Injection.Juga dibekalkan dengan Traction Control 2 Mod serta  Assist dan Slipper Clutch.

Ekzos.

Semasa pembentukan sistem ekzos,lebih dari 20 variasi dipertimbangkan sebelum keputusan terakhir dibuat.Paip header,pra-ruang dan silencer semuanya terbentuk dari keluli tahan karat berkualiti tinggi.Sedikit pengubahsuaian sudah memadai bagi hasilkan bunyi yang sememangnya digemari penunggang motosikal .

Pengendalian.

Hasil ujian yang saya  kepada model ini cukup fantasik.Ujian diwaktu malam,meredahi hujan lebat. Ujian pecutan dilebuhraya dapat dirasakan kawalannya cukup stabil.Keyakinan tinggi.Ini kerana kawalan atau pengendalian pada model ini telah dikaji semula.Satu pembaharuan telah dilakukan iaitu monoshock belakang telah diubah kedudukannya iaitu diletakkan lebih curam atau baring.Sementara fork depan jenis terbalik. 2 Cakera(disk) brek berukuran 300mm di hadapan dan 1 dibelakang.Sistem brek juga dibekalkan dengan ABS.

Lampu depan menggunakan LED.Rekabentuk retro dan moden berukuran 170mm besar,pancaran cahaya putihnya menakjubkan sewaktu saya  ujian menunggang pada waktu malam.Berbentuk Cembung serta diseliputi krom pada keliling lampu depan menampakkan rekabentuk SPORT RETRO yang berkualiti tinggi.Lampu belakang yang dilindungi ekor belakang seolah-olah ekor itik sama seperti model 70an iaitu Z-1.

Model Z 900RS didatangi dengan dua warna pilihan iaitu:-

1. Matte Black  Versi Standard .
     Harga RM 67,900(tidak termasuk cukai jalan dan insuran)

2. Orange Versi Special Edition.

     Harga RM 69,900(tidak termasuk cukai jalan dan insuran)

















No comments:

Islamik,Berdisplin,Muafakat - Melaka Lady Bikers

Melaka Lady Bikers, bukannya satu nama yang besar dan juga bukan grup motosikal yang dilimpahi dana berjuta. Intergriti ahli serta pemimpi...