Search This Blog

Tuesday, June 26, 2018

MOTOSIKAL BERINFORMASI DAN TERKINI


KTM 390 DUKE  2017.


Teruja bila tersergam depan mata.Model ini nampak agak halus dan mudah. KTM Malaysia melakukan coretan yang agresif terhadap persaingan motosikal kelas pertengahan dinegara kita.Kemasukan model Naked dibawah 500cc  Alaf Baru dengan pelbagai teknoloji terkini,dijangka menawan remaja serta mereka yang sentiasa mencari sesuatu yang baru didunia permotoran.Tunggang uji KTM 390 Duke 2017,kebetulan saya ada tugasan di Kuala Terengganu.Seperti biasa saya melakukan dua tugas yang berbeza,menguji motosikal semasa perjalanan ke destinasi dan membuat liputan acara permotoran setelah sampai didestinasi.Saya meneliti model ini secara berperingkat.


                                        REKABENTUK




Seperti Anak Dara Sunti,Cantik dan Bergaya.Sekali tengok sama seperti KTM 250 Duke,namun  tidak serupa.Didatangi dengan rim berwarna Jingga(Oren),Casis Jingga(oren) dan Subframe berwarna Putih ,dimana Casis Jingga(oren) dan Subframe Putih merupakan unit yang berbeza.Tempat duduk yang terpisah antara penunggang dan pembonceng.Lampu ekor belakang serba baru jelas menampakkan motosikal agak besar.Oren Eletronik dan Hitam padanan 2 warna terkini, menampakkan sebuah motosikal generasi terkini. Lampu depan LED, nampak seolah-olah terpisah kiri dan kanan.Keunikan pemisah antaranya ialah ruang laluan air yang sengaja direka demi menjurus kearah kelainan. Kedua lampu berfungsi dengan baik serta boleh dibanggakan sewaktu menunggang di waktu malam.Tangki minyak yang bersambung serta terasa sedikit pendek.Bagi saya terasa seolah-olah “Duduk Diatas Motosikal”, istilah yang saya selalu gunakan apabila tangki minyak berada dbawah paras pusat.Terasa seperti menunggang Superbike dan petanda KTM 390 Duke sesuai harungi pelbagai selekoh. 



                                      ERGONOMIK

Topik ini saya amat bersetuju dan telah dibuktikan tepat.Pengalaman menunggang ke K.Terengganu cukup memberikan kelegaan terutama kepada bahagian punggung dan belakang saya....Erogonomik... telah berubah kerana kedudukan tangki minyak,tempat duduk serta pemijak kaki.Saya dapat merasakan banyak ruang untuk bergerak,contohnya lutut boleh dikunci di tangki minyak yang dibentuk serba baru.Tempat duduk yang besar dan lebar.Ketara keselesaannya bagi tunganggan jarak jauh mahupun dekat.Kedudukan kedua kaki cukup selesa walaupun ianya bergaya terkini.Pembonceng akan merasa sedikit tinggi dari penunggang.Pelana(seat) yang terpisah bukanlah satu isu ,kedudukan pemijak kaki untuk pembonceng telah dipasang bersesuaian dengan ketinggian ,malahan pembonceng dapat merasakan keselesaan.Saya perasan satu benda.Cermin sisi telah dinaikkan sedikit dan pemegang hendal agak kebawah.Ini menjadikan segala beban penunggang dari bahagian belakang,tangan akan turun kepada pemegang hendal.Mungkin rekaan ini akan lebih mengurangkan stress(tekanan)ketika menunggang.Hasilnya saya dapat rasakan bagi perjalanan yang jauh.KTM telah mengesan permasaalahan penunggang,demi memperbaiki mutu motosikal keluaran mereka.


                            
 INSTRUMEN KLUSTER DAN SPEEDO





Seperti yang pembaca dapat lihat  begitu ketara perubahan pada KTM 390 Duke 2017.....Motosikal Terkini....,itu pengkelasan yang saya boleh katakan.Cahaya pada rpm akan berubah  apabila mencecah 6,000 rpm. dan keatas.Meter bukanlah suatu Unit yang biasa saya lihat sebelum ini.Meter ini digabungkan bersama mempamerkan info kepada penunggang. Antaranya penunjuk purata kelajuan,jumlah bahanapi yang ada serta jarak pengunaan. Bukan itu saja,saya juga boleh mengubah suai meter tersebut mengikut kesesuaian yang saya kehendaki berdasarkan apa yang terkandung di meter tersebut.Kecanggihan KTM 390 Duke 2017, terserlah dengan adanya Mod KTM MY Ride.Semua ini terdapat dimeter.Saya telah mencuba mod ini,mudah saja aktifkan Bluetooth di telefon anda,kemudian buka kunci motosikal tanpa hidupkan enjin.Tekan suis yang terapat disebelah kiri pemegang hendal,lihat di panel meter sehingga tertera Mod KTM MY RIDE,langkah seterusnya padankan Blue Tooth yang terdapat dimotosikal.Simbol Blue Tooth akan tertera dimeter. Topi keledar keluaran terkini banyak yang dilengkapi dengan Blue Tooth. Cukup mudah,nombor pemanggil akan tertera di skrin meter apabila ada panggilan walaupun anda sedang menunggang.Saya mula jatuh cinta dengan KTM 390 DUKE......Kerana apa?... Menunggang sambil berhibur,mendengar berita secara langsung melalui radio yang terdapat di telefon serta bercakap telefon tanpa perlu menghentikan motosikal.....Woo.....,banyak sungguh kelebihan.Apa lagi keistimewaan KTM 390 Duke….Sistem ABS yang boleh diubah dan sesuaikan mengikut kehendak penunggang bersesuaian dengan permukaan jalan atau dikenali Mod Dwi Saluran....Road Mode....Mod ini biasa digunakan dijalanraya....Mod Super Moto...Mod sebegini bukan terdapat disemua jenis motosikal.Hanya KTM 390 Duke dan juga keluarga Model motosikal KTM sahaja yang ada.Mod Super Moto cukup sofsikated,dimana kawalan brek ABS hanya berfungsi pada tayar depan,manakala tayar belakang menggunakan sistem brek biasa.Kepada yang kurang berpengalaman ,nasihat saya memadai menggunakan Mod Road.Segala kawalan mod tersebut terdapat pada suis-suis disebelah kiri pemegang hendal.


                           
 ENJIN DAN KOTAK GEAR



Enjin KTM 390 Duke dibuat khas,licin dan dilentur melalui Ride By Wire(Throttle Wayar) membuatkan saya cukup senang menjinakkan motosikal.KTM telah meningkat saiz Peti Udara(Airbox) sebanyak 2mm.....Sistem EVAP.... digunakan,bertujuan menjimatkan minyak sehingga 5-7 peratus.Topik penjimatan minyak terbukti,Perjalanan saya bermula dari Kelang ke K. Terengganu,.....tk percaya tapi kena percaya…penuh tangki dari kelang , pelbagai selekoh di karak,meredahi LPT1 dengan kekalkan pecutan minimum 110km/j dan maksima 150km/j.Info dari Panel digital meter  membantu saya.Info baki minyak mengikut pecutan semasa serta jumlah jarak tertera di skrin panel meter. Adanya sistem sebegini,apa yang perlu kita risaukan.Kita boleh mencongak jarak perjalanan bersandarkan info yang tersedia ada.Canggih bukan…. Akhirnya terkejut dan kena percaya KTM 390 Duke tidak mengecewakan.Saya berjaya sampai Ke Petronas RnR Gambang...220km...hanya berbekalkan 13,5 liter  mengikut kapasiti kemampuan penuh tangki.Penjimatan bagi sebuah motosikal dibawah 500cc. Hati terasa puas bila hajat untuk memecut sehingga 160km/j tercapai.Mengkagumkan bagi sebuah motosikal  “Naked” di kelas pertengahan dengan keupayaan yang tidak mengecewakan.Sesi ujian saya kali ini bukanlah menjuruskan kepada peningkatan pestasi,tetapi lebih kearah menjinakkkan motosikal serta menjadikan model ini senarai pilihan kepada mereka yang tercari-cari motosikal kelas pertengahan mengikut kemampuan.Jangan sangsi dengan keupayaan model ini jangan lepaskan peluang andai pihak KTM Malaysia mengadakan “Road Show” di tempat anda.Datang dan cuba motosikal idaman .Rasai sendiri keistimewaan yang sedia ada di KTM  Super Duke 390. Sesungguhnya KTM 390 DUKE saya kategorikan sebuah....“Fun Bike”.....kesesuaian didalam pelbagai keadaan,




 




No comments:

Islamik,Berdisplin,Muafakat - Melaka Lady Bikers

Melaka Lady Bikers, bukannya satu nama yang besar dan juga bukan grup motosikal yang dilimpahi dana berjuta. Intergriti ahli serta pemimpi...