Search This Blog

Saturday, June 30, 2018

'THE SCALPEL' 790 SUDAH MARI

  KTM 790 DUKE-2018                                                            

BANYAK TEKNOLOJI DAN REKAAN TERKINI


KTM Malaysia akhirnya membawa berita gembira buat peminat dua roda tempatan.Apa tidaknya pilu jer hati asyik dok dengar cerita dari obersea alkisah model tersebut.Mereka yang tergila-gilakan model asyik dok bertanya,Bila-bila nak masuk ke Malaysia?.Sekarang mereka yang memang dok menunggu cepat tengok akaun bank .Harga mampu milik,model yang ditunggu bakal menjelma di depan mata.Lambat bertindak lambat lah dapat.



KTM 790 DUKE,Harga RM 64,800 dengan 0% GST tanpa cukai jalan dan insuran.kategori tak mahal bagi sebuah model CBU.Gelaran "The Scalpel" KTM 790 DUKE  ,gabungan prestasi serta praktikal bagi kegunaan harian.Ergonomiknya terbukti sangat baik.Enjin baru menghasilkan 105bhp pada 9,000rpm dan 87Nm tork pada 8,000rpm.Liquid Cool,8 valve,keberatan hanya 169kg.




Teknoloji paling komprehensif.Ride By Wire,Kawalan Traksi(MTC),Cornering ABS,Motor Slip Regulation(MSR) mengawal brek enjin,Quickshifter bagi kedua-duanya menaik dan menurun.PAPARAN TFT sama seperti model KTM keluaran 2017  dan KTM MY RIDE.
                                                            

Saya sendiri pun belum melihat lagi model ini.Tapi kabar berita dari KTM Malaysia berbunyi begini...."sat-sat..jaaa...sabaq sehari dua lagi adalah depan mataa..tunggu nooo.maklumlah majoriti staff di HQ KTM Kota Damansara ni orang utara.Faham ke,tk faham ker,tunggu jer lah kan.Tapi dalam dok sabaq,rasanya elok kita sama-sama hadam spesifikasi KTM 790 DUKE.






Thursday, June 28, 2018

WOM - BERIFTAR SAMBIL MENYUMBANG


REZEKI  DIKONGSI BERSAMA - WOM

Pernahkah rakan-rakan bikers dilembah kelang sedar ujudnya premis menjual motosikal berkuasa tinggi  iaitu WOM(World Of Motion).Rasanya tidak ramai  yang ketahui.Ruang pameran WOM cukup besar serta mampu memperagakan lebih dari 50 buah pelbagai jenis motosikal berkuasa tinggi.Lokasi yang dikategorikan strategik serta laluan jalan utama dari Cyberjaya menghala ke Puchong.Lokasi yang dimaksudkan ialah di R&R Layby 4,iaitu Lebuhraya Damansara Puchong.Teknoloji terkini cukup mudah,gunakan WAZE pasti ketemui premis WOM.


Pusat Pendidikan Limpahan Kasih Puchong telah diraikan dalam majlis berbuka puasa yang dianjurkan oleh WOM dengan kerjasama dari Ansara Bikers .Menurut Hj Azwan pemilik WOM,perancangan Iftar besama 120 anak-anak yatim dan miskin dari Pusat Pendidikan limpahan Kasih Puchong merupakan perancangan yang cukup singkat.Dalam masa 5 hari segalanya diselaraskan.Sumbangan duit raya serta duit untuk membeli keperluan pakaian Hari raya turut disampaikan kepada anak-anak yatim yang hadir.

Jumlah kutipan sebanyak Rm 11,565 berjaya dikumpulkan dalam waktu yang singkat.Selain dari pihak WOM,Ansara Bikers dan Ansara KB serta rakan-rakan WOM merupakan penyumbang yang berkongsi mengagihkan rezeki mereka kepada golongan yang memerlukan.Semoga segala usaha murni mereka membawa keberkatan di Bulan Ramadhan Yang Mulia.
 Menceritakan sejarah penubuhan WOM,Hj Azwan seorang Otai dalam dunia permotoran, pada asasnya ingin menyatukan rakan-rakan bikers yang hampir 30 tahun terpisah.Zaman Filem Azura,itulah zaman kehebatan kami merempit.Tabung Bikers,itu lah grup kami.Bangunan Tabung Haji Lama lokasi pertemuan setiap hujung minggu.Ada yang meninggal dan ada yang berhijrah.Masing-masing sibuk dengan kerjaya dan keluarga.Dengan ujudnya premis ini,diharap rakan-rakan lama boleh hubungi beliau dan jadikanlah premis WOM sebagai lokasi pertemuan,demikian ujar pemilik WOM seorang ahli perniagaan .

Terdapat pelbagai jenis motosikal di ruang pameran WOM,jangan terkejut terdapat motosikal yang kita tidak pernah lihat dimana-mana ruang pameran motosikal yang lain,tetapi ada di WOM.Pertama kali melangkah ke ruang pameran premis ini, saya terpukau melihatkan 3 model motosikal yang belum pernah dilihat selama ini.Andai inginkan penjelasan dan menjamu mata dengan model motosikal yang langsung tidak kelihatan dijalanraya di negara kita,sila luangkan waktu melangkah ke ruang pameran WOM(World Of Motion). 








ABG MAD FLAG OFF


BUDI DISANJUNG,JASA DIKENANG

"Bukan Pingat yang dimintak,bukan wang ringgit yang dipinta.Cukup sekadar dihargai,itu kenangan yang tidak akan dilupakan sehingga akhir hayat". ujar Presiden Grup Harapan Baru Bikers. Ogos 2015 tercatat sejarah dalam dunia permotoran di negara kita.Tertubuhnya satu grup motosikal berkuasa tinggi bermisi dan visi dengan mengalas tanggungjawab demi kearah Malaysia Baru.



Harapan Baru Bikers,Bermula di Sg Lalang,Sg Petani diawalnya penubuhan terdiri dari beberapa orang pemilik motosikal berkuasa tinggi dari kawasan Utara sahaja.Hasil usaha Presiden Yasir Said dan ahli yang ada,kini Harapan Baru Bikers keahlian 350 orang di seluruh semenanjung. Grup ini terdiri dari pelbagai bangsa dan keakraban sesama mereka jelas dapat dilihat melalui hasil 'MISI' yang diamanahkan.Grup ini yang telah diraikan dalam majlis berbuka puasa yang diadakan di Hype Hotel,Sg Besi.Seramai 280 orang ahli dari seluruh semenanjung hadir memeriahkan acara.

 YB Menteri Pertahanan Hj Mohamad Sabu telah meluangkan waktu pada jam 2 pagi meraikan Grup Harapan Baru Bikers di Hype Hotel Sg Besi.Acara pelepasan  Harapan Baru Bikers ke Melaka telah dilakukan oleh Menteri Pertahanan.Konvoi seramai 130 buah motosikal adalah memenuhi  jemputan Ketua Menteri Melaka iaitu acara Bersahur di kediaman Rasmi Ketua Menteri.
                                     

Kemunculan Harapan Baru Bikers sememangya menjadi tanda tanya pada grup permotoran yang sedia ada,Kemunculan grup ini agak mendadak. Presiden Harapan Baru Bikers menjelaskan 'VISI" grup ini lebih ke arah membantu dan merelisasikan perancangan Kerajaan sejajar dengan misi "MALAYSIA BARU".Acara berbuka puasa dan bersahur merupakan aktiviti yang pertama bagi grup tersebut.Perancangan berkonvoi menjelajah Semenanjung merupakan agenda seterusnya demi memperkenalkan Grup Harapan Bikers disamping mengeratkan Silatulrahim sesama grup bikers yang ada di Malaysia.










Wednesday, June 27, 2018

IFTAR RAMADHAN -KOG



KOG BERAMAL DAN PRIHATIN

Bikers mana yang tidak mengenali Grup KOG(Kawasaki Owner Grup).Satu grup motosikal yang tersohor di seluruh Malaysia.Pemilik pelbagai model motosikal kawasaki  ahlinya melebihi dari 500 orang.Pelbagai acara diadakan demi mengeratkan silatulrahim sesama ahli dari seluruh semenanjung termasuk Singapura, Sabah dan Sarawak.











KOG yang mendapat sokongan sepenuhnya dari Kawasaki Motor Malaysia dan Wilhin Motor Club serta kerjasama dari Kelab Kawasaki Bikers buat kali ke 5  bersempena di Bulan Ramadhan Yang Mulia telah meraikan  seramai 60 orang anak-anak yatim dan miskin di Pusat Jagaan Anak-Anak Yatim & Miskin yang terletak di Sri Kundang,Rawang.











Menurut  Penganjur Majlis ,Suhaimi Kusaini( Miekawa),ini merupakan kali ke 2 lokasi yang sama diadakan program Iftar Ramadhan. Tahun 2017 telah kami adakan disini,namun hasil tinjauan sebelum program diadakan Pusat Jagaan tersebut masih lagi memerlukan sumbangan terutama sekali Dana bagi menampung keperluan harian penghuni.Sumbangan serta perhatian khusus dari pihak yang berwajib atau badan-badan berkanun dialu-alukan.Usaha murni 7 orang tenaga pengajar termasuk Pengetua boleh dijadikan tauladan,Walau dalam serba kekurangan segala niat dan usaha murni mereka demi anak-anak yatim dan miskin,tetap diteruskan,demikian luahan Admin KOG yang tidak kering dengan pelbagai idea dalam usaha mengeratkan silatulrahim ahli-ahli KOG .





Sebelum majlis berbuka puasa.Anak-anak Yatim telah berpeluang membonceng motosikal peserta yang hadir.Info ringkas berhubungkait  motosikal berkuasa tinggi juga turut disampaikan kepada mereka.Solat Maghrib berjemaah turut diadakan.Hasil kutipan yang dilakukan telah berjaya mengumpul sebanyak RM 7000.00 dan diserahkan pada Pengetua Pusat Jagaan Anak-anak yatim & Miskin.











Kemuncak program Iftar ialah meraikan sambutan hari lahir Miekawa,Atok Amy(KOG) dan Abang Kancha ( Yokohama Bikers Singapore).





Antara Kelab Yang Terlibat ialah:-


1.KMSB BikerClub(Kawa HQ)
2.KOG(kawasaki Owner Group)
3.Z800
4.Z250 Malaysia
5.ZX10&ZX6 Community
6.Z8 Havoc
7.Yokohama Bikers Singapore
8.Z900 Malaysian Owners(Z9MO)
9.Wilhin Motor Club
10.Kilat Riders Club
11.Moped santai Bikers
12.Jelajah Bikerz Grup
13KLG(Kawasaki Ladies Group)




7th MIRI BIKE WEEK-JANGGO ROADSTAR

ROYAL ENFIELD CLASSIC 500 -DESERT STORM

RETROMANIA GRAND GATHERING 2018

7TH MIRI BIKE WEEK



Acara tahunan,acara yang sentiasa dinantikan oleh peminat dua roda di Sarawak,acara yang menghimpunkan pelbagai jenis motosikal di Borneo dan merupakan acara ke 2 terbesar Di Sarawak selain dari Sibu Bike Week.Pemilik Dua roda dari seluruh kepulauan Borneo tidak melepaskan peluang dengan jumlah kehadiran yang cukup ramai.




                              


Miri Bike Week merupakan salah satu cabang pemangkin ekonomi bagi Negeri Sarawak.Dalam kesibukan musim PRU 14,acara ini tetap berjalan seperti biasa.7th Miri Bike Week kali ini terasa kehangatannya dengan kehadiran ramai bikers dari semenanjung yang julung kali hadir .Acara yang diadakan selama 3 hari berturut-turut bermula 4-6 mei masih di lokasi yang sama iaitu di Permy Mall.Kemeriahan acara ini tidak lengkap tanpa kehadiran Vendor dari Semenanjung yang bukan sahaja datang menyemarakkan acara ,malahan merebut peluang dengan memperkenalkan produk  dan promosi servis masing-masing.



                               




Pelbagai aktiviti menarik disediakan oleh penganjur antaranya Battle Of The Band,Beauty&Bike,Live Band Perfomance,Lucky Draw,Mr Fitness Competition.Acara yang dinanti-nantikan oleh kebanyakkan pengunjung yang hadir sudah semestinya Beauty&Bike dimana pesertanya adalah gadis-gadis jelita bukan sahaja cantik,malahan mempunyai pengetahuan luas tentang dunia permotoran.Mungkin itu antara syarat yang ditetapkan oleh penganjur.Peluang juga tidak dilepaskan oleh pengunjung untuk berhibur dengan persembahan bertenaga dari Bandi Amuk dengan penyampain lagu-lagu hit kegilaan ramai.







Penganjuran yang berjaya dari Kelab Motosikal Jaguh Miri(KMJM,Sarawak).Ramzi Hipni Presiden KMJM merupakan pengerak utama acara Miri Bike Week yang saban tahun mendapat sambutan luar dugaan.Kehadiran bikers yang semakin bertambah dari seluruh Pelosok Sarawak  serta negara jiran Singapura,Indonesia dan Brunei membuktikan acara ini Terbaik .

Tahniah kepada penganjur .Semoga ditahun mendatang acara lebih hebat lagi dan pengisian acara bertambah.

























Islamik,Berdisplin,Muafakat - Melaka Lady Bikers

Melaka Lady Bikers, bukannya satu nama yang besar dan juga bukan grup motosikal yang dilimpahi dana berjuta. Intergriti ahli serta pemimpi...