Search This Blog

Wednesday, February 6, 2019

Walau sakit tetapi tetap laju

Di Litar Sepang Ujian catatan Masa Pra - Musim 2019
Juara dunia Marc Marquez menetapkan masa pusingan terpantas pada hari ini di satu ujian rasmi 2019 MotoGP, di Sepang.

Selepas Pembedahan Bahu Kiri
Walaupun masih bergelut dengan kesan pembedahan bahu kirinya, bintang Repsol Honda telah mencatat masa terbaiknya 1m 59.621s pada pusingan ke 26 dari 29 pusingan.


Walaupun dia berhenti menunggang sejam sebelum berakhir, namun kedudukannya dapat bertahan dengan kedudukan masa yang terbaik.

Rakan sepasukan Jorge Lorenzo adalah satu-satunya penunggang perlumbaan yang tidak hadir, disebabkan kecederaan pergelangan tangannya baru-baru ini.


Sementara Crutchlow LCR Honda berada di litar buat kali pertama sejak kecederaan buku lali yang serius di litar Philip Island pada Oktober 2018.

Ujian, yang berlangsung dari pukul 10 pagi hingga 6 petang akan di teruskan pada hari Khamis dan Jumaat.


No comments:

Islamik,Berdisplin,Muafakat - Melaka Lady Bikers

Melaka Lady Bikers, bukannya satu nama yang besar dan juga bukan grup motosikal yang dilimpahi dana berjuta. Intergriti ahli serta pemimpi...