Search This Blog

Wednesday, February 13, 2019

Teruja Dengan Warna Baru - Hafizh Syahrin



"Saya sangat teruja dengan warna yang baru. Saya fikir ia berbeza daripada orang lain di trek. Kami sebagai Red Bull KTM Tech3 adalah satu lagi pasukan membawa beberapa warna baru ke litar, " luahan Pelumba MotoGP Negara,Hafizh Syahrin.


Semua mata akan tertumpu pada Red Bull KTM Tech3 tahun ini dalam MotoGP, dan peminat diberi sesuatu kelainan, kerana pasukan itu melancarkan livery oren dan biru yang cantik.


Antara yang hadir ketika pelancaran motosikal baru itu ialah pelumba MotoGP Malaysia, Hafizh Syahrin, bermula tahun lalu menjadi pelumba Asia Tenggara pertama di MotoGP.


Hafizh Syahrin meneruskan usahanya dari musim lalu, dan menjadi sebahagian daripada pasukan Red Bull KTM Tech3 musim ini bersama Miguel Oliveira.


"Saya tidak sabar untuk berada di litar dengan motosikal ini di Qatar. Ia kelihatan hebat dan saya rasa keseriannya akan bertambah di bawah sianaran lampu di padang pasir. Saya sangat gembira dengan warna ini dan tidak sabar untuk memulakan musim"


Era baru Red Bull KTM Tech3 dijangka bersinar tahun ini, dan Hafizh Syahrin pasti tidak akan mensia-siakan peluang yang terhidang.




No comments:

Islamik,Berdisplin,Muafakat - Melaka Lady Bikers

Melaka Lady Bikers, bukannya satu nama yang besar dan juga bukan grup motosikal yang dilimpahi dana berjuta. Intergriti ahli serta pemimpi...