Search This Blog

Tuesday, February 5, 2019

Marquez berhati-hati terhadap penderitaan bahu di Sepang


Setelah menghabiskan banyak masa untuk memulihkan bahunya selepas pembedahan, Marc Marquez bersungguh-sungguh untuk mengelakkan diri dari terlalu agresif di Sepang.


Marc Marquez berhati-hati memastikan dirinya tidak terlalu agresif dalam acara ujian MotoGP di Sepang. Ini bagi mengelakkan penderitaan yang dialaminya dalam proses pemulihan daripada pembedahan bahu.


Pelumba berusia 25 tahun ini yang tidak disertai oleh rakan sepasukan baru Jorge Lorenzo di Malaysia untuk ujian tiga hari itu bermula pada hari Rabu, ini kerana Lorenzo baru menjalani pembedahan di pergelangan tangannya.


Marquez mengakui dia tidak pasti bagaimana bahunya akan memberi tindakbalas dalam sesi pra-musim.


Sewaktu sesi Meet & Greet dengan pemilik Honda di Malaysia yang diadakan di Sama-Sama Hotel,jelas terpancar semangat yang tinggi di wajah Marquez untuk mengulangi kejayaan yang sama seperti musim 2018.


Marc Marquez yang di temani oleh Taakaki Nakagami dan Cal Crutchlow dari Pasukan LCR Honda yang turut hadir bertemu pemilik Honda di Malaysia. Turut hadir ialah staf dari Honda Big Wing P.Pinang,Honda Big Wing Setapak ,K.Lumpur serta Honda Big Wing P.J, Selangor.







No comments:

Islamik,Berdisplin,Muafakat - Melaka Lady Bikers

Melaka Lady Bikers, bukannya satu nama yang besar dan juga bukan grup motosikal yang dilimpahi dana berjuta. Intergriti ahli serta pemimpi...