Jangan terkejut.Perjanjian telah diumumkan oleh Dorna membayangkan kedua-dua siri itu pada tahun yang sama, bermula pada tahun 2021.Perlumbaan akan diadakan di litar yang akan dibina di dalam sebuah resort pelancongan gergasi di pantai selatan pulau Lombok.
Litar ini dikategorikan jalanraya di dalam resort, tetapi penyesuaian jalan serta susun atur sebagai litar masih dalam perancangan.Namun menurut sumber litar ini tidak akan kelihatan atau sama seperti litar tradisional iaitu Macau atau Isle of Man.
Indonesia akan mendapatkan pusingan MotoGP dan WorldSBK dari tahun 2021. Pengesahan berita itu datang lebih cepat daripada yang kita harapkan,pihak Dorna mengeluarkan mengadakan sidang media minggu lepas.
Dorna mengumumkan bahawa kedua-dua siri Kejohanan Dunia tersebut akan berlumba di litar baru iaitu di Mandalika,Lombok.
Pendekatan atau formula yang sama seperti Litar Antarabangsa Chang di Buriram, Thailand.Di mana WorldSBK dihantar terlebih dulu ke litar sebagai percubaan, sebelum MotoGP pergi ke sana.
Runoff tidak sepatutnya menjadi isu, dan kemudahan litar akan dibina di dalam resort. Resort Mandalika adalah sebuah projek Perbadanan Pembangunan Pelancongan Indonesia.
Program melancong ke Lombok, ini kerana program pelancongan ke Bali melampaui batasan dan tidak mampu menampung kebanjiran pelancong yang saban tahun berkunjung.
Jadual bagi litar tersebut belum lagi diputuskan oleh Dorna.
Jadual MotoGP akan berubah pada tahun 2020 apabila Kymiring, litar baru yang dibina di Finland tersenarai dalam kalendar MotoGP.
No comments:
Post a Comment