Search This Blog

Sunday, February 17, 2019

Motosikal Bersalut Emas





Apabila sudah terlalu kaya,maka pelbagai perkara yang di luar jangkaan dapat di lakukan.Duit memainkan peranan utama,sebut saja semua tersedia.Kepuasan di utamakan,kos bukan satu isu yang perlu difikirkan.


Phuc XO atau nama sebenar nya Tran Ngoc Phuc berusia 36 tahun.Lelaki terkaya dari Vietnam telah menghabiskan RM 262,680,60 untuk menyaluti 3 buah motosikalnya dengan emas.


Menurut Phuc, sebanyak RM 87,560,20 telah dihabiskan bagi menghiaskan setiap motosikalnya.Dua daripadanya telah siap dan dibawa pulang manakala sebuah lagi masih dalam proses akhir untuk disiapkan.


Phuc turut mendakwa nilai motosikal pertamanya Harley Davidson itu mencecah harga melebihi RM 472,000 setelah ianya siap di balut emas.Sementara motosikal kedua jenis Honda pula dianggarkan bernilai RM 262,000.


Dan sebuah lagi motosikalnya yang bakal disiapkan tidak lama lagi dikatakan mempunyai nilai tertinggi sekitar RM 875,000.Beliau yang sentiasa ditemani sekurang-kurangnya lima pengawal peribadi dalam memastikan keselamatan dan juga tiada siapa mencuri barang kemasnya.



Ini kerana Phuc sentiasa memakai emas dengan berat keseluruhan 13kg.Koleksinya ketika ini adalah aksesori emas besar,terdiri daripada rantai emas dengan loket seberat 5kg.


Dua gelang besar 5kg,empat cincin dimana masing-masing beratnya 500gram dan tali pinggang emas.Kesemuanya berjumlah 13kg dan dianggarkan bernilai USD 550,000 (RM2.3 juta).






1 comment:

Azhar Ismail said...

Banyak sangat duit dah tak tau nak buat apa jadi gitu la.. kalau pakai kat bdn sndri pun dah sampai 13kg.. haha macam2

Islamik,Berdisplin,Muafakat - Melaka Lady Bikers

Melaka Lady Bikers, bukannya satu nama yang besar dan juga bukan grup motosikal yang dilimpahi dana berjuta. Intergriti ahli serta pemimpi...