Search This Blog

Wednesday, February 27, 2019

Tonton Marc Marquez Buat Muzik Dengan Honda X-ADV


Selain dari seorang pelumba terkenal dalam perlumbaan MotoGP, Marc Marquez baru-baru ini telah menambah beberapa perkara yang menarik, termasuk menunggang bukit ski di Repsol Honda dengan Red Bull.

Dan kini,Marc Marquez menambah satu lagi perkara yang luar biasa iaitu bermain dengan Honda X-ADV.

Video yang ditaja oleh Honda yang mengabungkan Marc Marquez, X-ADV, dan DJ Roger Wid. Dari video berdurasi 2 minit,kita dapat mendengar bahawa bunyi yang paling asas seperti memusingkan kaki dan menutup zip jaket mempunyai kualiti muzik dan boleh di tukarkan kepada rentak.

Mikrofon yang diletakkan berdekatan dengan tanah kemudian merekodkan bunyi juara MotoGP sambil mengelilingi motosikal dan meluncur di lantai konkrit.

Persoalannya kenapa bukannya Repsol? Mungkin ini salah satu cara untuk meraikan bahawa model X - ADV itu telah menjadi "motosikal" pengembaraan terlaris di Eropah pada tahun 2018, yang melenyapkan R 1200 GS.







Tuesday, February 26, 2019

Tuan Rumah MotoGP & WorldSBK tahun 2021 - Indonesia


Jangan terkejut.Perjanjian telah diumumkan oleh Dorna membayangkan kedua-dua siri itu pada tahun yang sama, bermula pada tahun 2021.Perlumbaan akan diadakan di litar yang akan dibina di dalam sebuah resort pelancongan gergasi di pantai selatan pulau Lombok.

Litar ini dikategorikan jalanraya di dalam resort, tetapi penyesuaian jalan serta susun atur sebagai litar masih dalam perancangan.Namun menurut sumber litar ini tidak akan kelihatan atau sama seperti litar tradisional iaitu Macau atau Isle of Man.


Indonesia akan mendapatkan pusingan MotoGP dan WorldSBK dari tahun 2021. Pengesahan berita itu datang lebih cepat daripada yang kita harapkan,pihak Dorna mengeluarkan mengadakan sidang media minggu lepas.

Dorna mengumumkan bahawa kedua-dua siri Kejohanan Dunia tersebut akan berlumba di litar baru iaitu di Mandalika,Lombok.

Pendekatan atau formula yang sama seperti Litar Antarabangsa Chang di Buriram, Thailand.Di mana WorldSBK dihantar terlebih dulu ke litar sebagai percubaan, sebelum MotoGP pergi ke sana.

Runoff tidak sepatutnya menjadi isu, dan kemudahan litar akan dibina di dalam resort. Resort Mandalika adalah sebuah projek Perbadanan Pembangunan Pelancongan Indonesia.


Program melancong ke Lombok, ini kerana program pelancongan ke Bali melampaui batasan dan tidak mampu menampung kebanjiran pelancong yang saban tahun berkunjung.

Jadual bagi litar tersebut belum lagi diputuskan oleh Dorna.

Jadual MotoGP akan berubah pada tahun 2020 apabila Kymiring, litar baru yang dibina di Finland tersenarai dalam kalendar MotoGP.

Tuesday, February 19, 2019

"RIDEOLOGI APP" Di Smart Phone membantu pemilik Motosikal KAWASAKI



Pemilik motosikal Kawasaki yang menggunakan Smart Phone bolehlah memuat naik aplikasi "RIDEOLOGI APP" pada telefon pintar mereka.Aplikasi tersebut disambungkan dengan Bluetooth, Anda boleh menyemak dan menetapkan maklumat motosikal bersambung terus dalam aplikasi.


Fungsinya ialah boleh menyemak maklumat tentang keadaan motosikal seperti Odometer, kecondongan Sudut yang Maksimum, Jadual Penyelenggaraan dan lain-lain Fungsi.

 "Maklumat Kenderaan", fungsi "Jarak dan Jadual Perjalanan" yang boleh menyimpan tarikh dan masa perjalanan, laluan, jarak tempuh dan masa berjalan, "Penalaan" fungsi yang boleh mengubah pelbagai tetapan sistem kawalan elektronik dan lain-lain.




Model terkini yang boleh diaktifkan dengan aplikasi ini ialah VERSYS1000 SE, CARBON Ninja H2, Ninja H2 SX SE. Model-model lain akan akan dikeamskinkan kemudian.


Sunday, February 17, 2019

Motosikal Bersalut Emas





Apabila sudah terlalu kaya,maka pelbagai perkara yang di luar jangkaan dapat di lakukan.Duit memainkan peranan utama,sebut saja semua tersedia.Kepuasan di utamakan,kos bukan satu isu yang perlu difikirkan.


Phuc XO atau nama sebenar nya Tran Ngoc Phuc berusia 36 tahun.Lelaki terkaya dari Vietnam telah menghabiskan RM 262,680,60 untuk menyaluti 3 buah motosikalnya dengan emas.


Menurut Phuc, sebanyak RM 87,560,20 telah dihabiskan bagi menghiaskan setiap motosikalnya.Dua daripadanya telah siap dan dibawa pulang manakala sebuah lagi masih dalam proses akhir untuk disiapkan.


Phuc turut mendakwa nilai motosikal pertamanya Harley Davidson itu mencecah harga melebihi RM 472,000 setelah ianya siap di balut emas.Sementara motosikal kedua jenis Honda pula dianggarkan bernilai RM 262,000.


Dan sebuah lagi motosikalnya yang bakal disiapkan tidak lama lagi dikatakan mempunyai nilai tertinggi sekitar RM 875,000.Beliau yang sentiasa ditemani sekurang-kurangnya lima pengawal peribadi dalam memastikan keselamatan dan juga tiada siapa mencuri barang kemasnya.



Ini kerana Phuc sentiasa memakai emas dengan berat keseluruhan 13kg.Koleksinya ketika ini adalah aksesori emas besar,terdiri daripada rantai emas dengan loket seberat 5kg.


Dua gelang besar 5kg,empat cincin dimana masing-masing beratnya 500gram dan tali pinggang emas.Kesemuanya berjumlah 13kg dan dianggarkan bernilai USD 550,000 (RM2.3 juta).






Saturday, February 16, 2019

Hepi Besday Rossi - 40




Diam tak diam dah siri "4" rupanya Valentino Rossi.Ingatkan muda lagi,mantap,prestasi masih terbaik,kehebatan masih terserlah. Bolehlah dikategorikan Otai MotoGP.


Juara Dunia Sembilan Kali Valentino Rossi menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke 40 hari ini.


Kisahnya cukup panjang sehingga berjaya meraih kejayaan.Bermula sebagai anak lelaki yang berani dudok dan membongkok di Aprilia RS125 dan RS250,


Bermula dari tahun 1997,dia memenangi 125cc, 250cc, 500cc, dan beberapa gelaran MotoGP di sepanjang karier. Kini sudah masuk tahun ke 22 dunia MotoGP masih lagi tidak mendengar sebarang pengumuman tentang pengundurannya.


Pelbagai nama samaran ataupun panggilan di berikan kepadanya.Antara yang mendapat perhatian ialah "GOAT" bermaksud Greatest Of All Time.Dan The Doctor sehingga kini cukup sinonim degan beliau.


Sesetengah peminat menyatakan Rossi sudah terlalu tua untuk MotoGP,namun dapat di perhatikan disetiap litar kehadiran Rossi jelas menyerikan gelanggang.Peminat setia "46" tidak pernah lekang dari memberi inspirasi dan sorakan apabila kelibat "Vale 46" melintasi tempat duduk mereka.


Namun berbeza bagi Valentino Rossi,kata-kata semangat dari ayahnya merupakan penghalang bagi dirinya untuk mengundurkan diri dari Sukan permotoran. Ini lah yang di katakan "Anak Bapak".


Selamat Menyambut hari Ulangtahun ke 40 Valentino Rossi,semoga tahun ini Yamaha dan Anda semakin maju ke depan.


Antara Koleksi Kereta Valentino Rossi


Friday, February 15, 2019

Jangan Lari Atau Di Senarai Hitam


Bukannya 'Jangan Lari Sila Duduk'...Tapi "Jangan Lari atau Disenari Hitam."

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengeluarkan amaran kepada pengguna jalan raya, terutama penunggang motosikal untuk tidak mengelakkan sekatan jalan raya iaitu membuat U Turn. Atau berdepan risiko disenaraihitamkan.

Ketua Pengarah Jabatan Perbandaran Melaka, Muhammad Firdaus Shariff berkata, mereka akan mengeluarkan notis kepada orang-orang yang didapati melarikan diri daripada sekatan jalan raya, sebelum bergerak ke senarai hitam mengikut Seksyen 55 Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Beliau menambah bahawa orang-orangnya akan merekodkan orang-orang yang U-turn dari sekatan jalan sebagai bukti.

"Kami akan mengeluarkan Notis 114 menuntut pemilik kenderaan untuk membentangkan dirinya untuk disoal dalam masa 21 hari. Jika dia tidak, kami akan mengeluarkan kompaun RM150 dan dia akan disenarai hitam. "

"Senarai hitam" kenderaan bermaksud pemiliknya tidak boleh memperbaharui lesen memandu dan cukai jalan kenderaan.

Ketua Pengarah membuat kenyataan itu semasa penutupan New Ops Cina 2019. Operasi dari 29 Januari hingga 12 Februari menyaksikan 1,236 saman yang dikeluarkan untuk pelbagai kesalahan.

Pemilik motosikal adalah majoriti terbesar di kalangan pemilik kenderaan lain dengan 329 kes. Daripada bilangan itu, kebanyakan pelanggaran adalah disebabkan oleh "pelesenan kenderaan" iaitu cukai jalan.


Ford Mustang Manual Terpantas Di Dunia


Yandro, pemilik Mustang SVT Cobra model 1998 kuning cerah ini adalah seorang yang lebih melibatkan sifat gearbox manual. Ini bermaksud beberapa peminat diehard masih lagi mencintai gearbox manual dari transmisi automatik.Terbaik prinsip peminat diehard.


Setelah membeli Mustang sekitar empat tahun yang lalu, Yanko tidak berpuashati dengan enjin asal asal 305 hp V8 .Beliau telah memulakan projek mengubahsuai.Walaupun transmisi automatik tampak lebih mudah,namun teknoloji terkini tidak menambat hati beliau.


Hebat sekali idealoji anak muda ini dalam merelisasikan impian dan cita-citanya.Saksikanlah kehebatan Ford Mustang SVT Cobra 1998 milik Yandro beraksi.




Thursday, February 14, 2019

"Selesa Bersama Motosikal Saya" - SuperKIP




Pelumba Petronas Sprinta Racing, Khairul Idham Pawi atau lebih di kenali "Super KIP" jelas cukup selesa dengan motosikal barunya.Sesi Pra Musim di litar sepang baru-baru ini telah menunjukkan perkembangan yang positif antara penunggang dan motosikal.


Khairul Idham Pawi,Pelumba Moto2 negara. 2019 merupakan musim keempat bagi "Super KIP" dalam saingan kelas pertengahan.


Triumph, buat pertama kalinya musim ini membekalkan enjin mereka bagi menggantikan enjin Honda yang di gunakan sebelum ini.Jentera Kalex adalah teramat baru bagi Khairul Idham Pawi dan sudah semesti terlalu banyak yang perlu dihadam demi kejayaan bagi musim ini.


Namun bagi anak muda ini cepat belajar dan memahami segala aspek yang ada di jentera barunya itu. Penetapan asas dan sistem eletronik yang ada di motosikal cukup membantu dalam catatan masa dan gaya menunggang, demikian luahan Khairul Idham Pawi tentang jentera barunya.

Menurut Pengarah Pasukan Petronas SRT, Johan Stigefelt bersetuju dengan kenyataan "Super KIP" dalam usaha memantapkan lagi prestasi jentera dan penunggang Moto2 itu.


Beliau juga berpuashati dengan prestasi yang di tunjukkan oleh pasukannya di sepanjang 3 hari ujian pra musim di litar sepang.

Super KIP dan pasukannya akan meneruskan usaha demi memantapkan lagi prestasi jentera di sesi ujian ke 2 di Jerez pada 20 hingga 22 Februari nanti.

Semoga Pelumba Petronas Sprinta Racing ini menjejakkan kakinya ke podium pada musim 2019, seperti mana pernah dilakukan oleh beliau sebelum ini.


Wednesday, February 13, 2019

Teruja Dengan Warna Baru - Hafizh Syahrin



"Saya sangat teruja dengan warna yang baru. Saya fikir ia berbeza daripada orang lain di trek. Kami sebagai Red Bull KTM Tech3 adalah satu lagi pasukan membawa beberapa warna baru ke litar, " luahan Pelumba MotoGP Negara,Hafizh Syahrin.


Semua mata akan tertumpu pada Red Bull KTM Tech3 tahun ini dalam MotoGP, dan peminat diberi sesuatu kelainan, kerana pasukan itu melancarkan livery oren dan biru yang cantik.


Antara yang hadir ketika pelancaran motosikal baru itu ialah pelumba MotoGP Malaysia, Hafizh Syahrin, bermula tahun lalu menjadi pelumba Asia Tenggara pertama di MotoGP.


Hafizh Syahrin meneruskan usahanya dari musim lalu, dan menjadi sebahagian daripada pasukan Red Bull KTM Tech3 musim ini bersama Miguel Oliveira.


"Saya tidak sabar untuk berada di litar dengan motosikal ini di Qatar. Ia kelihatan hebat dan saya rasa keseriannya akan bertambah di bawah sianaran lampu di padang pasir. Saya sangat gembira dengan warna ini dan tidak sabar untuk memulakan musim"


Era baru Red Bull KTM Tech3 dijangka bersinar tahun ini, dan Hafizh Syahrin pasti tidak akan mensia-siakan peluang yang terhidang.




Thursday, February 7, 2019

Rossi: "Kami menemui sesuatu yang meningkatkan prestasi"


Rossi pada hari ke 2 -Ujian Pra-Musim Di Sepang
Valentino Rossi (Monster Energy Yamaha MotoGP) mengakhiri Hari 2 di Ujian Sepang di kedudukan ke 6. Hanya tertinggal 0.728 daripada rakan sepasukan, Maverick Viñales kerana kedua-dua penunggang mempunyai satu lagi ujian yang positif.

Hari Pertama Ujian Pra-Musim di Sepang
Ia adalah satu lagi hari yang produktif untuk Juara Dunia sembilan kali di Sepang.

"Kami terus bekerja kerana kami mempunyai beberapa item lain untuk memperbaiki dan juga hari ini tidak begitu teruk," jelas Rossi. "Kami menemui sesuatu yang meningkatkan prestasi.

Di pit sebelum memulakan Ujian
 Saya fikir, kami membuat kerja yang baik. Pada akhirnya, kelajuan saya menunjukkan peningkatan, ia agak positif hari kedua. Kami masih ada sesuatu untuk esok supaya kami akan terus berusaha dan kami akan melihat keadaan kami pada hari terakhir. "

Vinales pada hari1 Ujian Pra-Musim di Sepang
51 pusingan telah diselesaikan oleh pelumba yang akan mencecah usia 40 tahun tidak lama lagi, Rossi dan Yamaha dapat menguji perkara-perkara dalam semua bidang untuk YZR-M1 2019. "Kami mempunyai beberapa perkara kecil di semua bidang - elektronik, enjin , casis,

Kami sentiasa berusaha untuk meningkatkan cengkaman dan mempunyai perasaan yang baik dengan tayar yang digunakan. Bagi saya, kami bekerja dengan baik. "

Vinales hari ke 2 Ujian Pra-Musim menduduki tempat 1
"Kami berada di arah yang sama dan melihat pusingan masa, saya fikir Maverick berasa agak baik dengan motosikalnya. Ini, bagi kita, adalah penting kerana ia bermakna motosikal mempunyai potensi yang baik. "

Lihat bagaimana 'The Doctor' berlangsung pada hari ketiga dan terakhir


Wednesday, February 6, 2019

Idemitsu Asia Talent Cup 2019 - kembali ke LITAR


Kini tiba masanya Idemitsu Asia Talent Cup untuk 2019 sebelum pertandingan bermula, ujian kepada penunggang selama dua hari di Litar Antarabangsa Sepang. Pada 9 dan 10 Februari apabila para penonton akan menyaksikan 14 pelumba rookie baru.

Penunggang rizab Shota Kiuchi dan Harith Zamri dari Malaysia turut hadir. Danial Sharil, yang cedera dalam kemalangan pada akhir musim lalu, tidak akan kembali ke landasan, tetapi pelumba tersebut Malaysia dijangka kembali ke pertengahan musim IATC.

Mengetuai pelumba 2018 yang kembali bersaing musim ini adalah Sho Nishimura, yang menduduki tempat ketiga keseluruhan tahun lalu dan menjadi pemenang perlumbaan.


Juga pemenang dua kali Takuma Matsuyama. Danial Sharil dianggap ancaman kepada 2 pelumba Jepun tersebut apabila dia kembali dari kecederaan.

Penunggang baru yang kurang berpengalaman tidak akan mensia-siakan peluang dalam  masa dua hari untuk cepat membiasakan diri dengan jentera Honda mereka.

Pengalaman latihan di dalam litar sepang merupakan susun atur unik yang mencabar dan meletakkan setiap penunggang merekacipta langkah mereka di perlumbaan kelak, 

Walau sakit tetapi tetap laju

Di Litar Sepang Ujian catatan Masa Pra - Musim 2019
Juara dunia Marc Marquez menetapkan masa pusingan terpantas pada hari ini di satu ujian rasmi 2019 MotoGP, di Sepang.

Selepas Pembedahan Bahu Kiri
Walaupun masih bergelut dengan kesan pembedahan bahu kirinya, bintang Repsol Honda telah mencatat masa terbaiknya 1m 59.621s pada pusingan ke 26 dari 29 pusingan.


Walaupun dia berhenti menunggang sejam sebelum berakhir, namun kedudukannya dapat bertahan dengan kedudukan masa yang terbaik.

Rakan sepasukan Jorge Lorenzo adalah satu-satunya penunggang perlumbaan yang tidak hadir, disebabkan kecederaan pergelangan tangannya baru-baru ini.


Sementara Crutchlow LCR Honda berada di litar buat kali pertama sejak kecederaan buku lali yang serius di litar Philip Island pada Oktober 2018.

Ujian, yang berlangsung dari pukul 10 pagi hingga 6 petang akan di teruskan pada hari Khamis dan Jumaat.


Tuesday, February 5, 2019

Marquez berhati-hati terhadap penderitaan bahu di Sepang


Setelah menghabiskan banyak masa untuk memulihkan bahunya selepas pembedahan, Marc Marquez bersungguh-sungguh untuk mengelakkan diri dari terlalu agresif di Sepang.


Marc Marquez berhati-hati memastikan dirinya tidak terlalu agresif dalam acara ujian MotoGP di Sepang. Ini bagi mengelakkan penderitaan yang dialaminya dalam proses pemulihan daripada pembedahan bahu.


Pelumba berusia 25 tahun ini yang tidak disertai oleh rakan sepasukan baru Jorge Lorenzo di Malaysia untuk ujian tiga hari itu bermula pada hari Rabu, ini kerana Lorenzo baru menjalani pembedahan di pergelangan tangannya.


Marquez mengakui dia tidak pasti bagaimana bahunya akan memberi tindakbalas dalam sesi pra-musim.


Sewaktu sesi Meet & Greet dengan pemilik Honda di Malaysia yang diadakan di Sama-Sama Hotel,jelas terpancar semangat yang tinggi di wajah Marquez untuk mengulangi kejayaan yang sama seperti musim 2018.


Marc Marquez yang di temani oleh Taakaki Nakagami dan Cal Crutchlow dari Pasukan LCR Honda yang turut hadir bertemu pemilik Honda di Malaysia. Turut hadir ialah staf dari Honda Big Wing P.Pinang,Honda Big Wing Setapak ,K.Lumpur serta Honda Big Wing P.J, Selangor.







Islamik,Berdisplin,Muafakat - Melaka Lady Bikers

Melaka Lady Bikers, bukannya satu nama yang besar dan juga bukan grup motosikal yang dilimpahi dana berjuta. Intergriti ahli serta pemimpi...