Search This Blog

Monday, December 2, 2019

RAF 2019 - Sambutan Luar Jangkaan



RAF 2019 atau KARNIVAL PERMOTORAN ROMPIN sememangnya acara julung kali diadakan. Apatah lagi acara ini tidak tersenarai di dalam kalendar acara permotoran.

Tanpa sebarang sumbangan dana dari mana-mana pihak, walaupun kertas kerja telah di kemukakan kepada pihak berkenaan. Adakah setakat sokongan sahaja mampu merealisasikan acara.

Ini lah nasib Karnival Permotoran Rompin 2019.

ADAKAH KARNIVAL PERMOTORAN ROMPIN 2019 BERJAYA?

Majlis Belia Daerah Rompin sentiasa aktif dengan pelbagai aktiviti. Demi menarik minat belia tempatan, Satu acara yang di luar kotak pemikiran belia tempatan telah diadakan. Itu lah RAF 2019.

Tujuan Karnival Permotoran Rompin 2019 diadakan berteraskan dua matlamat.

Menyantuni pemilik serta kelab motosikal dan kereta ke Rompin. Itu matlamat utama Karnival Permotoran Rompin.

Kelab motosikal dari luar Rompin abadikan kenangan dengan Penganjur
Matlamat kedua ialah mendidik, memberi kesedaran serta menambah pengetahuan tentang dunia permotoran dan juga undang-undang lalulintas kepada belia tempatan khususnya.

Mohd Hafiz Pengerusi Majlis Belia Daerah Rompin
Niat dan usaha Mohd Hafiz Hj Bakar Pengerusi Majlis Belia Daerah Rompin mendapat perhatian dan kerjasama dari Red Apple Events And Productions, Win Win World Enterprise, Persatuan Permotoran Intergrasi Malaysia serta Kelab Rompin Riders.

Perlantikan Tengku Ahmad Ashraf Tengku Dato Sri Hj Asmawi sebagai Penasihat Karnval Permotoran Rompin 2019 merupakan pilihan yang tepat.

Tengku Ashraf menerima cenderahati dari
Ahli Parlimen Rompin
Pengalaman dan komitmen beliau dalam dunia permotoran cukup luas. Beliau bersama isteri sentiasa menghadiri acara permotoran baik di dalam mahupun luar negara.

Siapa sangka diawal perancangannya hanya untuk mengumpulkan pemilik motosikal dan kereta yang menetap di Rompin. Namun telah bertukar menjadi acara di luar jangkaan.

Antara kelab motosikal yang hadir
Karnival Permotoran Rompin 2019 telah berjaya mengumpulkan hampir dua ribu pemilik motosikal. serta 200 buah kereta.Satu petanda dan permulaan yang baik,

Pelbagai kelab kereta hadir 
Pantai Hiburan tapak acara perhimpunan. Stratejik dan lokasi yang menarik. Tidak menggangu kenteraman awam.Pantai yang bersih serta masih suci dari pencemaran.

Kemudahan infrastruktur jika di jaga serta di baik pulih akan menyerikan lagi Pantai Hiburan.

Dato' Abd Jalil Hassan Ketua Polis Pahang
Karnival Permotoran Rompin 2019 telah di resmikan oleh Komisioner Polis Dato' Abd Jalil Hassan Ketua Polis Pahang. Terbukti Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada.

Acara perhimpunan ini lebih kepada mendekati golongan muda terutama peminat motosikal dan kereta.


Ini memberi peluang kepada dua golongan mempamerkan bakat masing-masing di kedua bidang yang jelas berbeza pengendaliannya. demikian tegas Dato' Abd Jalil Hassan.

Walaupun acara ini di kategorikan acara "Kampung" oleh sesetengah pihak.

Keceriaan jelas terpampang di wajah anak muda sepanjang RAF 2019
Namun kemunculan pemilik motosikal dan pemilik kereta dengan jumlah diluar dugaan, membuktikan RAF 2019 bukanlah acara yang hanya boleh di pandang sebelah mata.

Pemilik dan Peminat Motosikal dari pelbagai lapisan dan pelusuk tanah air
Peniaga, pemilik hotel dan chalet tersenyum lebar dengan kehadiran pengunjung di luar jangkaan dalam waktu yang singkat. Ibarat 'Durian Runtuh' bagi mereka dengan wujudnya acara sebegitu.

Cenderahati disampaikan oleh Wakil Penganjur
 Rata-rata pengunjung bersetuju agar acara yang sama di teruskan serta menjadi acara tahunan. Terbukti warga Rompin dahagakan sesuatu kelainan dan mengalu-alukan acara sebegini.

Majlis Belia Daerah Rompin, PDRM Daerah Rompin, JPJ serta agensi-agensi kerajaan yang lain turut mengambil bahagian sepanjang acara berlangsung.

Lan Pet-Pet dan Ayahnda Rani Kulop
 buat persembahan
Kehadiran Pelawak Lan Pet-Pet dan juga Ayahnda Rani Kulop turut memeriahkan lagi suasana acara.

Pengunjung juga di pertontonkan dengan aksi menunggang motosikal oleh anggota dari Tim Demo Sekolah Memandu dan Menunggang Kontijen Trafik Pahang.

Tim Demo dari Kontijen Trafik Pahang beraksi 
Pertandingan Audio kereta antara acara menarik perhatian pengunjung.Acara Drift kereta juga turut di persembahkan oleh tim AR Motosports.

Dato' Sri Hj Hassan Ahli Parlimen Rompin turut merasai aksi drift
Dato' Sri Hj Hassan Ariffin Ahli Parlimen Rompin tidak melepaskan peluang dengan turut sama berada di dalam kereta yang melakukan aksi drift.


Beliau yang merasmikan acara penutup Karnival Permotoran Rompin 2019 berkata acara permotoran adalah aktiviti yang sihat. RAF merupakan salah satu pintu masuk pelancong ke Daerah Rompin.


Dato' Sri Hj Hassan bersetuju jika RAF diteruskan. Beliau memberi sokongan penuh dan yakin acara sebegini bakal menaikkan nama Rompin khususnya dan negeri Pahang.

Bikers dari Kelang,Selangor 
Persolannya jika pemimpin sudah setuju RAf 2020 di adakan, bagaimana dengan "DANA". Pihak mana yang sudi menaja atau meringkan beban penganjur yang terpaksa keluarkan wang dari poket sendiri.

Ahli Parlimen Rompin,Penasihat RAF abadikan kenangan bersama Penganjur
dan barisan Penyumbang RAF 2019 
Jangan di kuburkan acara permotoran yang tiada batas usia ini. Kepada pihak Tourism Negeri Pahang bolehlah kategorikan RAF 2019 sebagai usaha mempromosikan Rompin.

Rompin selama ini mengamit pelancung dengan kehadiran Ikan Layang-Layang dan masakan Udang Galah. Wujudnya RAF secara automatik menambah lagi tarikan pelancung ke Rompin.

Kepada mana-mana pihak yang ingin mempromosikan produk masing-masing, RAF 2020 adalah satu platform yang berpontensi merealisasikan impian. RAF atau Karnival Permotoran Rompin bukan hanya untuk semusim.

Galeri:






















































No comments:

Islamik,Berdisplin,Muafakat - Melaka Lady Bikers

Melaka Lady Bikers, bukannya satu nama yang besar dan juga bukan grup motosikal yang dilimpahi dana berjuta. Intergriti ahli serta pemimpi...