Search This Blog

Wednesday, December 11, 2019

"RACES OF MALAYSIA" - Di SEPANG




Julung kalinya Kejohanan FIM EWC dan FIA WTCR perlumbaan lasak dua roda dan empat roda buat pertama kalinya diadakan di Litar Antarabangsa Sepang pada 13-15 Disember.Kejohanan ini juga adalah pertama kalinya di Asia.



Perarakan lapan buah kereta FIA WTCR dan enam belas buah motosikal FIM EWC telah diadakan. Perarakan bermula dari Menara Berkembar Petronas dan berakhir di Bangunan Sultan Abdul Samad.


Deruman enjin kereta dan motosikal telah memukau setiap pengguna jalanraya yang kebetulan berada di sepanjang laluan perarakan. Ianya merupakan pemandangan yang julung kali di pertontonkan kepada umum.

Sebelum ini penganjur menamakan hanya 50 pasukan yang akan menyertai kejohanan FIM EWC di Sepang. Namun pengumuman pasukan ke 51 yang akan turut menyertai kejohanan tersebut telah dibuat sebelum perarakan bermula.Pasukan tersebut ialah dari Negara kita iaitu Sepang Racing Team.

Sepang Racing Team yang akan menggunakan jentera BMW S1000RR dengan tiga pelumba yang berpengalaman di peringkat antarabangsa. Azlan Shah Kamaruzaman, Adam Norrodin dan Julien da Costa dari Perancis.

Amirul Hafiq Azmi,Zaqhwan Zaidi,Azlan Shah,Ahmad Danial Haikal
Farid Badrul dan Adam Norrodin- Anak Malaysia yang akan bertanding Di FIA EWC
PACHI HKM RACING SPEED dan Sepang Racing Team, dua pasukan yang akan menguji keampuhan pelumba dari Malaysia bagi perlumbaan Endurance 8 jam tanpa henti.

Perbezaannya di sini tim PACHI HKM RACING SPEED semua penunggang adalah anak Malaysia, Sementara Sepang Racing Team dua penunggang dari negara kita dan Julien da Costa adalah pakar perlumbaan Endurance dari Perancis.


Sementara seorang lagi pelumba Negara Hafizh Syahrin akan menguji dirinya dalam dua perlumbaan berasingan iaitu FIM EWC 8 jam dan juga perlumbaan sulung nya di FIA WTCR .

Hyundai 130 N TCR  kereta yang akan di pandu oleh Hafizh Syahrin bersama rakan sepasukan Mitchell Cheah di bawah Hyundai Team Engstler pada hari Ahad nanti.

Zaqhwan Zaidi,seorang lagi pelumba negara juga turut menyertai kejohanan FIA EWC.Beliau mewakili pasukan HONDA ASIA DREAM RACING .


FIM EWC dan FIA WTCR dua kejohanan yang terkini di adakan di Malaysia. Bersesuaian dengan matlamat SIC untuk membawa kejohanan dunia ke negara kita.

Bukan sekadar mengharumkan nama negara malah ianya juga memenuhi permintaan peminat motosikal yang dahagakan perlumbaan bertaraf dunia.


Selain itu juga ianya merupakan platform bagi anak Malaysia yang berbakat untuk mengambil bahagian serta bersaing di peringkat kelas dunia. Demikian ujar Dato Razlan Razali , Ketua Pegawai Eksekutif  Litar Antarabangsa Sepang.




No comments:

Islamik,Berdisplin,Muafakat - Melaka Lady Bikers

Melaka Lady Bikers, bukannya satu nama yang besar dan juga bukan grup motosikal yang dilimpahi dana berjuta. Intergriti ahli serta pemimpi...