PACHI HKM SPEED RACING.Wakili Malaysia di kejohanan FIM World Endurance Championship di Litar Antarabangsa Sepang pada 14 Disember nanti.
Apa yang menariknya tentang pasukan PACHI HKM SPEED RACING. Kesemua ahli pasukan bermula dari pihak pengurusan,krew dan pelumba adalah 'Anak Malaysia'.
Perlumbaan yang pertama kali diadakan di Litar Antarabangsa Sepang di bawakan oleh Eurosport. Konsep perlumbaan FIM World Endurance berbeza dengan MotoGP.
FIM EWC, perlumbaan selama 8 jam tanpa henti. Sebanyak 50 pasukan dari seluruh dunia menyertai perlumbaan. Beberapa orang pelumba MotoGP turut menyertai kejohanan ini.
Najuib Alias Prinsipal Pasukan |
Berita tentang kejohananan yang bakal berlangsung di Malaysia tidak di lepaskan berlalu tanpa penyertaan pasukannya. Penajaan dari pelbagai pihak telah berjaya merealisasikan impian beliau.
Beliau yang berpengalaman dalam perlumbaan telah menamakan tiga pelumba bagi mewakili pasukannya.
Farid Badrul Hisham dan Hafiq Azmi nama yang tidak asing lagi dan berpengalaman berlumba di peringkat antarabangsa. Sementara Danial Haikal merupakan muka baru yang meningkat naik serta berpotensi tinggi.
Pelumba PACHI HKM SPEED RACING |
Kesukaran untuk menandingi pasukan yang lebih berpengalaman itu tidak di nafikan,percaturan penyusunan pelumba amat mustahak. Namun berlumba di litar sendiri adalah satu kelebihan.
Pelancaran Pasukan PACHI HKM RACING SPEED telah berlangsung di Motobatt Cafe,Setia Alam petang tadi. Turut hadir Dato Razlan Razali Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang,Zulfahmi Khairuddin serta pemilik dua roda tempatan.
No comments:
Post a Comment