Labuan International Bike Week 2019 di bawah penganjuran DMA Event Management bukan hanya berjanji kosong. Janji di tepati, terbukti melepasi sasaran dengan kehadiran 3000 pengunjung luar.
|
Pengerusi Penganjur Marrafandie Md Kassim |
Bermula 2016 sehingga 2018,DMA Management di bawah Maraffandie Mohd Kassim telah menganjurkan Victoria BikeFestival. Acara yang dikategorikan membuka "Pintu Kepada Bikers."
Victoria Bike Festival bertahan selama 3 tahun juga diadakan di Labuan International Sea Sport Complex.Pengunjung ramai namun sokongan hambar dari pihak yang berwajib.
Demi menjaga keutuhan nama Pulau Labuan, Tahun 2019 Maraffandie Mohd Kassim Pengerusi Penganjur sekali lagi menyahut cabaran rakan-rakan permotoran di Labuan bagi mengadakan acara sama seperti tahun lepas.
|
Tapak LIBW 2019 pandangan waktu malam |
Dua perubahan besar dilakukan oleh Pengerusi Penganjur. Nama telah diubah kepada Labuan International Bike Week dan kedua lokasi yang sama tapi tapak yang berbeza.
Jelas perubahan nama acara sepertinya memberi nafas baru bagi peminat motosikal di Labuan.
Lokasi acara masih di persekitaran Labuan International Sea Sport Complex. Bezanya tapak telah berubah iaitu di parkir kereta medan selera.
|
Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli |
LIBW merupakan satu-satunya acara yang pertama diadakan di tapak parkir kereta medan selera. demikian menurut Datuk Rozman Datuk Hj Isli Ahl Parlimen Labuan.
Datuk Rozman sewaktu memberi ucapan pembukaan acara LIBW 2019 menegaskan, pihak kerajaan sentiasa mengal-alukan kedatangan pelancong ke Pulau Labuan.
|
Datuk Rozman Menyampaikan Hadiah Johan Battle Of The Band LIBW 2019 |
Kerjasama dari semua pihak dalam mempromosikan Labuan adalah dialu-alukan. LIBW akan diteruskan lagi pada tahun mendatang.Terbukti acara ini menjana ekonomi peniaga tempatan.
|
Grup Motosikal Anak Jati Labuan |
Kehadiran pengunjung terutama pemilik motosikal dari pelbagai jenis ke Pulau Labuan merupakan satu petanda sihat di mana nama Labuan dan penduduknya akan dikenali di mata dunia.
Labuan International Bike Week 2019 merupakan acara yang paling besar dan mendapat sambutan paling hangat jika dibandingkan dengan acara lain di Labuan pada tahun 2019.
Ini kerana dunia permotoran bukanlah satu hobi yang ada sekatan. Ianya global dan hobi yang sihat." demikian tegas Datuk Rozman yang turut menyokong agar acara LIBW diteruskan dalam suasana harmonis.
|
Pemilik Motosikal Menunggu Feri Ke Labuan |
Jika dibandingkan kehadiran pengunjung dari luar Labuan,jelas kali ini adalah lebih ramai dari tahun sebelumnya. Pintu masuk utama ke Pulau Labuan melalui jalan darat adalah menggunakan feri.
|
Motosikal memenuhi ruang Feri sepanjang LIBW berlangsung |
Pemantauan yang dilakukan menunjukkan kesesakan berlaku di terminal feri.Feri
dipenuhi dengan pelbagai jenis motosikal yang keluar dan masuk ke Labuan.
|
Suasana dalam Feri sewaktu pemilik motosikal keluar dari Labuan |
Ternyata acara LIBW 2019 berjaya mengundang pengunjung ke Pulau Labuan melebihi dari kemasukan pelancong biasa. Kepujian harus di berikan kepada DMA(Dominant Marketing Agency).
Semoga segala usaha Maraaffandie Mohd Kassim pemilik DMA mendapat perhatian dan sokongan dari pihak berkuasa tempatan bagi meneruskan legasi acara yang di mulakan sejak tahun 2016.
|
Penganjur KIBW 2020 Turut hadir mempromosikan acara |
Dana merupakan isu utama dalam menjayakan sesuatu acara, tanpa dana yang kukuh acara yang dijalankan akan menjadi pincang dan hambar.
|
Pelbagai acara diadakan sepanjang LIBW 2019 |
Begitu juga dengan sokongan, tiada kerjasama dari mana-mana pihak akan melemahkan lagi kemeriahan acara yang bertujuan mempromosikan Pulau Labuan.
|
Feri yang sentiasa penuh dengan motosikal |
Penganjur LIBW 2019 telah membuktikan mereka berjaya menarik lebih dari 3 ribu pengunjung luar untuk berkumpul di Labuan. Kepada pihak berwajib tempatan renung-renungkanlah.
|
Pertandingan motosikal paling perlahan kategori motosikal berkuasa tinggi |
LIBW bukanlah satu acara yang memberi kesan negatif kepada penduduk setempat. Namun acara ini memberi faedah kepada banyak pihak. Oleh itu jangan dibiarkan segala usaha anak tempatan Labuan terkubur.
|
Pertandingan motosikal paling perlahan kategori kapcai |
Bagi penunggang motosikal silalah patuhi undang-undang jalanraya demi keselamatan Anda.
No comments:
Post a Comment