Search This Blog

Sunday, November 3, 2019

Keimanan,Minat,Bakat dan Sabar - Rahsia Kejayaan Superbike Crew



Menerima Anugerah TOP 10 BUSINESS SAY ASPIRE dari Raja Muda Selangor
Mungkin ada yang terfikir ini grup atau kumpulan yang racis pada motosikal berkuasa tinggi pentingkan kepada kelajuan. Sabar, baca dulu dan ketahui kisah sebenar.

Superbike Crew atau ringkasnya SBC nama yang cukup GAH serta digeruni dikalangan vendor yang menjual pakaian motosikal di mana sahaja acara permotoran diadakan seluruh Malaysia.


Tester sentiasa membuat liputan acara perhimpunan motosikal di seluruh Malaysia dan cukup mengenali vendor-vendor.Kehadiran mereka memeriahkan acara.

SBC,vendor yang tidak pernah ketinggalan mempamerkan produk terkini mereka.Pemantauan di setiap acara permotoran yang melibatkan SBC ialah, bagaimana produk SBC begitu laris.

Faiz abadikan kenangan bersama pelanggan di Labuan
Produk SBC hanya baju T-Shirt sama seperti vendor-vendor lain.Apakah rahsia disebalik kejayaan mereka?

SBC diasaskan pada tahun 2006 di Uitm Alor Gajah,Melaka. Pada masa itu grup ini hanya dikenali sebaga MUFASA STUDIO.

Nama SUPERBIKE CREW timbul pada tahun 2012 selepas enam tahun harungi pahit getir sebagai MUFASA STUDIO.

Muhamad Faiz Safwan Pemilik SBC
Menurut Muhamad Faiz Safwan Abd Rahim Pemilik SBC, tercetusnya idea memulakan perniagaan fesyen dan Gaya hidup untuk bikers adalah ketika beliau menyertai komuniti grup permotoran di media sosial.

Hasil kajian, beliau dapati tiada produk pakaian permotoran keluaran anak tempatan dihasilkan pada masa itu. Peluang terbuka ini digunakan sebaik mungkin oleh SBC.

Trend terkini beg sandang Produk SBC
Rezeki tidak datang bergolek tanpa berusaha. SBC telah memberanikan diri dengan melangkah ke bidang perniagaan atas talian. Tanpa minat dan bakat mungkin perniagaan tersebut akan lebur.

Hadiah Istimewa untuk  Fahrin Ahmad seleberiti
Berbekalkan segulong Ijazah Sarjana Muda Senireka Grafik dari UiTM dan Professional Diploma in Entrepreneurship(university of London) anak jati Pahang ini terus maju dari masa ke semasa.

Hoodie antara produk SBC
Sehingga kini SBC telah menghasilkan lebih 500 rekaan dan melebihi 100,000 helai baju acara permotoran telah terjual.SBC juga menghasilkan Jacket,Hoodie,Jeans dan Sandal.

Produk Terkini Tudung Muslimah Bikers
Terkini produk yang masih hangat dipasaran Tudung untuk Muslimah Bikers. Produk hasil kerjasama SBC dengan She Shawls House.

Satu idea yang bernas dimana mutakhir ini penunggang wanita di negara kita majoritinya 99 peratus adalah muslimah. Produk ini akan menembusi pasaran Brunei,Indonesia dan Singapura.

Perbincangan dengan She Shawls House 
Usaha tangga kejayaan.Menjadi kebanggaan anak muda dari Pahang ini apabila SBC terplih sebagai TOP 10 BUSINESS SAY ASPIRE .Program ini di bawah anjuran Selangor Entrepreneurship.

Produk SBC mengikut naluri  remaja masakini
Bercakap mengenai wawasan 2020, SBC menyasarkan pelaburan 5 juta ringgit merangkumi pasaran tempatan dan ekspot, demikian tegas Muhammad Faiz Safwan Pengasas dan Pemilik SBC.

Gambaran HQ SBC dalam perancangan 2020
SBC boleh dihubungi melalui media sosial FB; Sbkcrew Malaysia &amp. Instagram: Superbikecrew atau boleh layarai website www.sbkcrew.com bagi mendapatkan produk terkini atau menempah untuk sebarang rekaan produk.








No comments:

Islamik,Berdisplin,Muafakat - Melaka Lady Bikers

Melaka Lady Bikers, bukannya satu nama yang besar dan juga bukan grup motosikal yang dilimpahi dana berjuta. Intergriti ahli serta pemimpi...