2016 dengan berani hati dan nekad menyahut cabaran mengadakan acara perkumpulan Motosikal Terbesar Di Bumi Labuan.Bukan calang-calang orang yang berani menyahut cabaran yang pastinya memerlukan modal yang besar,komitmen yang tinggi serta pengalaman yang luas di dunia dua roda.
Dunia motosikal yang tiada batasnya merupakan satu aktiviti yang sihat serta mendapat tempat di hati rakyaat Malaysia.Malahan di Labuan grup permotoran boleh dikatakan pelbagai,namun hubungan antara grup atau pemilik agak terbatas dek kekangan tugas harian.Ujudnya Victoria Bike Festival jelas memperlihatkan hubungan pemilik motosikal setempat serta pemilik motosikal dari luar Labuan dapat di eratkan lagi sepanjang berlangsungnya bike Festival.
Selama 3 tahun acara yang berjaya menarik peminat motosikal berkunjung ke Labuan, secara drastik akan hilang.Apa punca dan apa sebabnya? Sedangkan acara tersebut menjana ekonomi peniaga setempat.
Hotel-hotel yang ketandusan penghuni akibat kemerosotan ekonomi seperti mendapat bonus dengan di penuhi oleh pemilik motosikal.Kedai-kedai makan yang selama ini agak kesunyian di penuhi dengan gelagat mat motor yang nyata bukannya anak tempatan.
Jika di kaji dari segi kehadiran pengunjng ke acara Victoria Bike Festival,amat mengalakan.Pengunjung dari luar saban tahun meningkat.Tahun 2016 seramai 2,600 orang iaitu pada tahun pertama acara di perkenalkan.Tahun 2017,kehadiran 3,800 pengunjung dari luar memenuhi acara .Dan 2018 cukup mengalakkan iaitu 5,200 orang telah berjaya di catat hadir ke acara tahunan perkumpulan motosikal terbesar di Pulau Labuan.
Apakah kehadiran pengunjung sebegitu ramai selama 3 hari belum memenuhi kuota pihak yang berwajib dalam "ERA"mempopularkan Labuan. Adakah acara perkumpulan motosikal di Pulau Labuan selama 3 tahun dianggap tidak menjana ekonomi peniaga tempatan. Atau adakah perkumpulan motosikal di Labuan dianggap menyusahkan.
Bukti jelas menunjukkan acara ini berjaya menarik pelancong luar iaitu dengan kunjugan pemilik motosikal dari luar negara seperti
Jepun,Indonesia,Australia,China,Singapura,U.K dan juga jiran tetangga Brunei. Malahan tidak di nafikan vendor-vendor dari semenanjung serta pemilik motosikal juga tidak serik untuk berniaga dan berkunjung.
Cukup merugikan,kerana di Negeri Sabah,acara perkumpulan motosikal Terbesar hanya di dua tempat sahaja iaitu Kota Kinabalu dan Labuan.Namun dengan "Berkuburnya" acara di pulau Labuan nanti,sudah semestinya tumpuan para pemilik motosikal hanya di Kota Kinabalu serta acara perhimpunan motosikal yang diadakan di Negeri Sarawak sahaja.
Persoalannya kenapa tidak ada pihak yang menyokong acara ini di teruskan? Sokongan sahaja tidak mencukupi tanpa bantuan...Dana....,bantuan persediaan....bantuan lojistik .Sokongan sebegini yang di dambakan oleh penganjur bagi merelisasikan acara tanpa sebarang kecacatan.
No comments:
Post a Comment