Search This Blog

Saturday, November 17, 2018

ADIVA AD3 Sudah Ada Di Malaysia



Dulu semasa dipertontonkan model ini,Tester menyangka ia hanya kabar angin sahaja,iaitu akan dibawa masuk ke negara kita pada penghujung tahun ini.Namun Tester mungkin tersilap,kabar angin itu rupa-rupanya menjadi kenyataan.

Hujung minggu depan Tester telah di jemput untuk acara pelancaran Adiva AD3 ini.Agak jauh ke utara lokasi pelancarannya.Tetapi kami di pertontonkan oleh DNC Asiatic iaitu pengedar motosikal Demak dan MV Augusta.Adakah mereka yang akan menjadi pengedar model Skuter Tiga Roda ini?


Tetapi Demak telah menarik diri dalam pasaran dua roda di negara ini.Akhirnya terjawap teka teki tersebut bila Tester mendapat jemputan dari Eurotech manufacturer bertempat di jitra,Kedah.Ini bermaksud Adiva AD3 akan berkongsi kilang pemasangan KTM versi CKD di Darulaman Industrial Estate,Bandar Darulaman.


Langkah yang dianggap berani oleh pengedar dengan membawa masuk jenama dari Itali ini. Walhal jika di kaji pasarannya mungkin terbatas,namun strategi perniagaan susah untuk di tafsir melalui pandangan mata kasar.


Keunikan model ini ialah Skuter "berbumbung" di jangka mampu melindungi penunggang dan pembonceng dari sinaran matahari serta kebasahan hujan.Keistimewaannya bumbung ini boleh di lipat dan di simpan di ruang belakang.Di kabarkan ruang belakang juga tempat simpan barang dan beg bersaiz kabin.


Jelas sekarang Adiva di Malaysia di bawah naungan baru.Kami akan kongsikan dengan pembaca selepas pelancaran nanti.

No comments:

Islamik,Berdisplin,Muafakat - Melaka Lady Bikers

Melaka Lady Bikers, bukannya satu nama yang besar dan juga bukan grup motosikal yang dilimpahi dana berjuta. Intergriti ahli serta pemimpi...