Pesta Karnival Orange datang lagi. Kali ini lokasi di Utara.Bagi peminat dua roda,jangan lepaskan peluang untuk melihat , mengetahui model terkini dan berpeluang menunggang uji model terkini motosikal KTM.
Pesta yang sama pernah diadakan di UTM Skudai,Johor pada bulan julai lalu.Sambutan cukup mengalakkan dari peminat dua roda di kawasan selatan.Hampir 2000 pengunjung meluangkan masa ke Karnival Orange tersebut termasuk rakan permotoran dari negara jiran Singapura.
Sepertimana di Johor,pesta Karnival Orange di Sg Petani juga di penuhi pelbagai aktiviti menarik buat pengunjung.Antara acara nya ialah,Fun Hana,Kempen servis dari pakar-pakar KTM, taklimat mengenai pelbagai model KTM,Menunggang uji motosikal KTM dan acara yang paling di tunggu-tunggu cabutan bertuah.
Kepada pengunjung yang inginkan hadiah cabutan bertuah perlulah mendaftar di khemah urusetia di tapak pesta nanti.Jangan lepaskan peluang untuk memenangi Grand Prize iaitu sebuah motosikal KTM 200 DUKE.
Hadiah Cabutan Bertuah - KTM 200 DUKE
No comments:
Post a Comment