BREMBO jenama yang cukup terkenal dalam membekalkan sistem brek telah memonopoli komponen brek baik di litar mahupun di jalanraya hari ini. Dari MotoGP ke BSB, breknya berada di mana-mana.
Kini Kaliper GP4-MS dengan penambahan penutup penghalang debu adalah sesuai untuk kegunaan jalan raya.Seperti di ketahui umum kaliper GP4-MS sebelum ini hanya terpasang di motosikal yang menyertai MotoGp sahaja.
Dan sekarang firma Bergamot telah memperkenalkan caliper GP4-MS GP ini untuk jalan raya. Monobloc yang padu telah di mesin, dengan empat piston 30mm, Brembo mendakwa ia adalah kali pertama ia membina mesin monobloc kaliper.
Perbezaan sebenar ada, caliper ini boleh digunakan di jalanraya biasa dengan adanya penambahan penutup penghalang habuk. Sementara Calipers GP4 untuk kegunaan di litar MotoGP tidak mempunyai penutup penghalang habuk. Kaliper ini dilengkapi dengan brek pad kegunaan di jalanraya atau pun litar. Pin dan klip untuk pemasangan juga di sediakan. Brek pad jenis Z04 memang teramat sesuai dengan kaliper ini.
No comments:
Post a Comment