Search This Blog

Friday, November 30, 2018

KTM Perontonkan 5 model untuk 2019



EICMA, bermaksud Esposizione Internazionale del Ciclo, Motociclo, Accessori.Namun buat peminat motosikal,pameran  EICMA yang berpangkalan di Milan. adalah masa bagi pengeluar mempertontonkan jentera pengeluaran terkini mereka serta prototaip yang luar biasa.

KTM, juga tidak ketinggalan dalam segmen ini.Rangkaian yang paling komprehensif, dinamik dan inovatif yang pernah ada dari KTM, akan membolehkan penunggang dari pelbagai usia dan keupayaan untuk memilih apa yang terbaik buat mereka pada 2019.

Terdapat 5 buah motosikal KTM untuk pasaran 2019.Iaitu KTM 790 Adventure,790 Adventure R,KTM 690 SMC R,690 Enduro R dan KTM Sx E 5.

Antara 2 varian motosikal ini,yang mana menjadi pilihan?

KTM 790 ADVENTURE -


KTM 790 ADVENTURE adalah tawaran unik dalam segmen dengan LC8c. Tork lebih rendah dalam menghasilkan 95hp. Motosikal ini juga ringan dan sangat lincah.

KTM 790 ADVENTURE R -



Motosikal Adventure powered parallel-twin yang telah dibangunkan sejajar dengan Rali Dakar terbaru KTM iaitu KTM 450 RALI, untuk menjadi penghubung antara motosikal enduro dan jalanraya pada tahun 2019.

KTM 690 SMC R


Model ini mengambil pendekatan KTM "READY TO RACE"  di jalanraya, ringan, tangkas, silinder tunggal, komponen casis premium dan kini disandarkan oleh elektronik yang meningkatkan prestasi prestasi.

KTM 690 ENDURO R


KTM 690 ENDURO R  di kategori menghubungkan jalan raya dan laluan. Motosikal yang diperbaharui ini juga mendapat manfaat daripada peningkatan enjin, elektronik dan casis, tetapi sepenuhnya tumpuan pada off road.

KTM SX-E 5



Keluaran terbaru iaitu KTM SX-E 5 . Model didasarkan pada 2-lejang KTM 50 SX yang sangat popular dengan casis mewah ,di kuasai oleh motor elektrik. Misi KTM adalah jelas untuk mencipta mesin ultra kompetitif yang juga mudah untuk ditunggangi, walaupun kepada mereka yang baru berjinak dengan dunia off road.


KTM SX-E 5 dengan kelebihan pelepasan sifar (zero emission), bunyi yang tidak menyakitkan telinga dan penyelenggaraan minimum, ideal untuk remaja yang baru berjinak ke dunia motosikal. Reka bentuk yang dinamik, sesuai untuk penunggang yang semakin meningkat remaja di mana tempat duduknya boleh di laras.






Thursday, November 29, 2018

Benelli Lancarkan 3 Model untuk 2019



Mforce Bike Holdings Sdn Bhd , yang turut sama menyertai Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS 18) tidak ketinggalan dalam memperkenalkan  3 model baru jenama benelli bagi pasaran 2019.

Tiga model tersebut ialah, Leoncino 250, TRK251 and 502C.


Benelli 502C



Benelli 502C didatangkan dengan reka bentuk yang lebih agresif. Benelli 502C adalah cruiser bandar. Ini adalah satu revolusi yang baru di Benelli, kerana telah melancarkan model jenis cruiser dalam bentuk naked bike.



Reka bentuk yang lebih kontemporari. Model 502C dilengkapi selinder berkembar empat-stroke yang selari, penyejuk cecair dengan 4 injap setiap silinder dan double overhead camshaft bagi menawarkan penggunaan kuasa yang lancar dan pengunaan bahan api yang optimum. Kuasa maksima adalah 47.6hp (35kW) pada 8500rpm dan tork adalah 45Nm (3.6kgm) pada 5000rpm.





Benelli 502C akan berada di pasaran mulai pertengahan tahun 2019.


Benelli Leoncino250


Benelli Leoncino 250 adalah motosikal kompak yang antik dan menjadikannya lebih komtemporari dengan  satu silinder sebaris dengan model Leoncino yang lain. Benelli 250cc adalah rekaan yang tersendiri mewakili gaya dan konsep asal dari sejarah keluarga Pasero. Dengan penuh inovasi dan tradisi jenama klasik motosikal ini direka semula dengan penuh gaya Moden.


Leoncino 250 dengan enjin  4 lejang penyejuk cecair yang berkuasa 250cc sebaris dengan motosikal Benelli yang lain. Timing enjin bercirikan double overhead camshaft (DOCH) dengan 4 injap 1 silinder, minyak suntikan electronic dengan 37mm diameter throttle body, klac basahan minyak dan kotak gear 6 kelajuan. Dengan tork 21Nm(2.14kgm) pada 9000rpm dan 26.8hp pada 10500rpm memberikan kuasa yang maksimum.


Benelli Leoncino adalah ungkapan gaya, Rangka direka untuk menyesuaikan pemasangan dengan reka bentuk tangki minyak Benelli Leoncino 250, memberikan tunggangan yang seimbang dan dinamik. Ia dilengkapi lampu besar hadapan yang penuh dengan LED berbanding dengan Leoncino500 bagi menampakkan bentuk yang elegan dan moden.

Leoncino 250 dijangka berada di pasaran bermula pertengahan tahun 2019.


Benelli TRK251


Benelli TRK 251 adalah Sebuah motosikal yang direka untuk pengembaraan .Ia adalah sebuah motosikal 250cc yang mudah di tunggangi dan lincah dan mampu mengambil laluan sukar walaupun anda adalah penunggang yang baru. Direka untuk penunggang baru dan muda yang masih boleh menggunakan lesen B2 dengan kapasiti enjin 250 cc.


Berenjinkan satu silinder 4 lejang penyejuk cecair yang beranjakan 250cc. Timing enjin bercirikan double overhead camshaft (DOCH) dengan 4 injap 1 silinder, minyak suntikan electronic dengan 37mm diameter throttle body, klac mandian minyak dan kotak gear 6 kelajuan. Tork dan kuasa maksima adalah 21Nm(2.14kgm) pada 9000rpm dan 26.8hp  pada 10500rpm.


Benelli TRK 251 dijangka akan berada di pasaran di pertengahan tahun 2019.




VARIO 150 - Jimat dan Pilihan Yang Tepat



Akhirnya berpeluang juga menguji Skuter terbaharu Honda.Mungkin terlalu ramai yang ingin menguji,Tester terpaksa bersabar hampir 2 bulan menunggu giliran untuk menguji Skuter Vario 150 Transmisi Automatik (AT) yang di lancarkan pada bulan Ogos lalu.


Apa yang hebat sangat Skuter Vario 150 ini?  Sekilas pandang luarannya seperti skuter yang lain,bersaiz kecil. Saiz skuter sebenarnya mempengaruhi minat pengguna berdasarkan kuantiti tempat simpan barang,kegunaan harian serta keselesaan pengguna.


Tidak di nafikan skuter ini bercirikan "sporty",tengok lampu pun cukup...memang menarik.Skuter Underbone 150 cc ini lengkap dengan beberapa aspek iaitu tunggangan yang berkuasa, berprestasi , ciri-ciri moden, menarik perhatian dan tidak rugi untuk setiap duit yang keluar dari poket anda.

Tester telah menguji skuter ini berdasarkan ciri-ciri berikut-:

1. Enjin 150 cc dengan teknologi Enhanced Smart Power (ESP)

Enjin silinder tunggal empat lejang bersesaran 150cc dengan sejukkan cecair, merupakan sebuah enjin yang mampu menjana kuasa bagi perjalanan sejauh 152km tanpa henti.


Destinasi ujian bermula dari klang menuju ke bandar seremban,di mana jarak untuk 1 hala ialah 76km.Menjimatkan dengan kelajuan 110km/j, agak terkejut paparan di skrin digital menunjukkan pengunaan bahanapi tiada sebarang perubahan.Seolah-olah skuter ini tiak bergerak.


Topik penjimatan ini di perkukuhkan lagi dengan sistem Idling Stop System (ISS).Pembaziran bahan bakar tidak berlaku terutama menunggang di dalam kesesakan dan berhenti di lampu trafik yang agak lama.

2. Combined Brake System (CBS)

Jangan tersilap Skuter ini tidak di bekalkan ABS,tetapi di gantikan dengan ciri Combined Brake System atau CBS.


Sistem ini telah kami uji semasa menunggang didalam kesesakan trafik.Pada asasnya sistem brek skuter adalah lebih mencengkam di roda belakang.

Sistem CBS yang terdapat pada Honda Vario 150 ini boleh di kategori sebagai satu sistem keselamatan bagi mereka yang masih baru dengan dunia Skuter.


Keseimbangan kuasa cengkaman brek dapat dirasakan di dalam situasi berhenti secara mengejut.Jelas sistem ini memberikan kestabilan dan keselamatan yang ketika membrek.

3. Ruang Simpan barang saiz 18 liter

Ruangan ini terdapat pada setiap skuter.Perbezaan hanya saiz dan rekabentuk sahaja.Isu  ini di ambil kira oleh pengguna sebelum memiliki skuter.


Kami dapati ruang ini mampu memuatkan sebuah helmet bersaiz penuh.Tetapi jangan terlepas pandang dengan ruang poket di hadapan skuter.Terdapat dua ruang yang membolehkan pengguna meletakkan barang.

4. Moden dan terkini

Topik ini kami akui, melihatkan pada sistem Honda Vario 150,skuter tanpa kunci atau Sistem Kunci Pintar.


Canggih,bukan setakat itu sahaja malahan Vario 150 dilengkapi dengan Sistem Penggera.Melihatkan segala aspek keselamatan yang terhidang,kehilangan atau kecurian skuter ini dapat di hindarkan.Dalam arti kata lainnya Vario 150  "kecil-kecil cili api".



Saiz skuter memang kecil,namun keistimewaannya pelbagai.Maka tidak merugikan andaikata berhajat untuk memilikinya.

Penawaran harga untuk versi biasa ialah RM 7,199..Dan penawaran harga pada versi Repsol RM 7,399. Harga tidak termasuk insuran,cukai jalan dan yuran pendaftaran.

Jaminan daripada pengeluar selama dua tahun atau jarak perbatuan sejauh 20,000 km yang mana terdahulu.

Vario sebagai salah satu pilihan yang bernilai dalam segmen skuter 150cc untuk para pembeli.





  

Wednesday, November 28, 2018

Terokai Honda CRF450L -Rali



Honda telah menarik minat peminat tegar off road dengan memperkenalkan motosikal konsep Rally CRF450L baru. Model ini di pertontonkan di pameran Eicma di Milan awal bulan ini.


Konsep Rally mempunyai dua tangki bahan bakar yang menawarkan kapasiti 18 liter.


Rali CRF450L, dianggap sebagai jentera persaingan jarak jauh yang mampu bertahan, walaupun jadual servisnya setiap 1000km (atau sekitar 600 batu).


Model ini berbeza dari model yang di gunakan untuk perlumbaan Rali, di mana model keluaran Honda untuk perlumbaan rali mempunyai dua tangki bahan bakar tambahan ke arah belakang.


Sementara model ini dibekalkan kotak untuk peralatan pelbagai guna.Sistem ekzos Termignoni mengekalkan beberapa aspek Rali Dakar, ekzos terletak bersebelahan mudguard depan yang tinggi.


Di samping itu, terdapat ruang untuk sistem Sentinel dalam suis gear (satu unit yang digunakan untuk memberi amaran kepada pelumba Rali Dakar tentang bahaya) .


Skrin TFT yang besar, berperanan memberi panduan dan cadangan kepada penunggang bagi meningkatkan potensi semasa perlumbaan rali. Walau bagaimanapun, cermin, petunjuk dan hon tersedia untuk menunggang di jalanraya. Honda CRF 450L ini di kategorikan 2 dalam 1, iaitu off road dan jugak jalanraya




Tuesday, November 27, 2018

ADIVA AD3 400 Kini di pasaran Malaysia




Tester pernah menyiarkan tentang pelancaran yang akan diadakan dan seperti yang dijanjikan, Tester akan memberikan butiran tentang motosikal roda tiga terkini di negara kita.


Adiva AD3-400,  motosikal roda tiga yang terbaru ,kini berada di pasaran Malaysia. Adiva Distribution (M) Sdn Bhd adalah pengedar yang sah untuk Adiva 3 roda di pasaran Malaysia.


AD3 400 menjadi model pertama jenama Adiva dilancarkan dan diperkenalkan di pasaran negara kita. Adiva AD3 400 memberi pengalaman menunggang yang berbeza kepada peminat 2 roda,samaada menunggang untuk jarak jauh atau di dalam bandar.


Dengan  keupayaan dan reka bentuk yang unggul, motosikal ini amat sesuai kepada mereka yang sentiasa bergaya dan segak ke pejabat serta tidak ketinggalan juga buat  wanita yang berulang alik menunggang motosikal ke tempat kerja.

Ciri-ciri Adiva AD3-400:

Keseronokan  

1.Gaya Itali – Mudah, namun unik. Lebih agresif dan Anda tidak akan melupakan reka bentuk yang mengagumkan.

2.Kecantikan Yang Sempurna – Dail analog dual adalah sebahagian daripada gaya klasik.

3.Mudah di kawal dengan kawalan lengkap – Pengendalian untuk perjalanan jauh dengan mudah, tindak balas enjin yang baik serta pengendalian lincah.

Keselesaan 


1.Melindungi penunggang – grip pengendalian yang selesa. skrin depan besar menawarkan perlindungan UV dan melindungi penunggang dari hujan, angin dan percikan batu dari kenderaan hadapan.


2.Perlindungan cuaca – bumbung standard menawarkan perlindungan dari hujan, sejuk dan  sinaran matahari. Bumbung boleh dilipat dan disimpan di dalam ruang bagasi terdapat di belakang.


3. Tempat duduk seperti sofa terbang – tandem dengan gaya’bucket seat’. Keselesaan dan tempat duduk yang lebar.


4.Ruang Bagasi –  ruang berkapasiti 90L boleh menampung dua topi keledar, riding gear dan beg.


 Mudah

1.Pengalaman baru mengatasi 2 roda dan 4 roda – keseronokan dan kesederhanaan sebuah motosikal dan keselamatan dan keselesaan seperti sebuah kereta.

2.Seperti sebuah kereta sport – roda aliminium adalah standard. Brek  kaliper  merah dari dalam roda menambah kesan sporty.

Harga yang di tawarkan ialah RM 38,800 (tanpa Insuran,Cukai jalan dan yuran pendaftaran). Bagi Adiva AD3 dengan sport rim tambahan sebanyak RM 1,600.


Galeri :-





























Islamik,Berdisplin,Muafakat - Melaka Lady Bikers

Melaka Lady Bikers, bukannya satu nama yang besar dan juga bukan grup motosikal yang dilimpahi dana berjuta. Intergriti ahli serta pemimpi...