Usah dipanjangkan kisah yang sudah berlaku. Lumrah manusia tidak lari dari melakukan kesilapan.
Ini lah kisah pelawak terkenal negara Mazlan(lan Pet Pet). Insiden menumbuk pengawal keselamatan di Acacia Desa Park Jati pada 6 April lalu heboh seluruh negara.
Insiden yang mencalar imej dan kerjaya,harus di perbetulkan semula demi kebaikan kedua belah pihak. Satu pertemuan selama 2 jam antara Yahya Manap (Pak Ya) dan Mazlan telah berlangsung di satu premis di nilai.
Pertemuan yang melibatkan kedua belah keluarga berlangsung dalam suasana harmonis.Pak Ya yang menghormati tindakan Lan Pet Pet untuk bersemuka menyatakan ,beliau kasihan dengan Lan terutama dalam aspek kerjaya selepas apa yang berlaku.
Bagi Pak Ya buang yang keruh ambil yang jernih.Beliau juga akan berbincang dengan peguam bagi menarik balik permohonan rayuan supaya hukuman yang dikenakan kepada Lan di semak semula.Begitu juga dengan niat untuk menyaman Lan, tindakan tersebut tidak akan diteruskan.
Peminat dua roda memuji tindakan Lan Pet Pet dalam menangani masaalah ini.Tiada masaalah yang tidak boleh diselesaikan melainkan maut.
PICS dan Video Sumber BH ONLINE
No comments:
Post a Comment