Jika kita menjadi mangsa kecurian, pastinya kita menaruh harapan agar barang-barang kita dapat di temui semula.
Ini bukanlah cerita dongeng malah adalah satu perkara yang luar biasa. Bukan sahaja motosikal yang dicuri ditemui semula, tetapi mengambil masa empat puluh lapan tahun untuk di ketemukan.
Kisahnya begini, Motosikal Harley-Davidson model 1957 milik Delroy Sims yang tinggal di sebelah timur Houston, Texas telah di curi pada tahun 1963. Pada masa itu model tersebut dikategorikan motosikal yang agak baru.
Keajaibannya bukan sahaja motosikal tersebut di temui semula,malahan jentera tersebut dalam keadaan baik tetapi bergerak di jalanraya. Anak lelaki Delroy Sims, iaitu Darell cukup heran serta dihujani pelbagai soalan di fikiran.
Siapa yang mencuri, dan di mana ia telah hidup sepanjang masa? Adakah pembeli yang paling baru tahu bahawa ia telah dicuri? Bagaimanakah ia dapat dikenal pasti? Apakah bukti yang di tunjukkan oleh Darell bahawa itu motosikal kepunyaan ayahnya?
Walau bagaimanapun, polis di Dallas baru-baru ini menemui motosikal itu dan meminta HPD untuk mencari Sims atau keluarganya.
Pemilik asal, sayangnya, tidak hidup lama untuk melihat motosikal yang dicuri telah di temui. Motosikal tersebut telah di serahkan keluarganya,Darrell berkata dengan kembalinya motosikal tersebut ke pangkuan keluarga,membuatkan mereka merasakan lebih dekat dengan ayahnya.
Menurut Darell,dia akan menjaga serta memastikan motosikal tersebut berkeadaan sepertimana ayahnya menjaga jentera sewaktu beliau masih hidup.Ini adalah motosikal klasik.
Darrell berkata "Motosikal berada di garaj saya." Dia menyatakan, "Jika ada tawaran $ 100,000 dolar mahupun suku juta saya tetap dengan pendirian iaitu tidak akan menjualnya."
No comments:
Post a Comment