Peminat sukan permotoran negara kita mungkin hampa. Keputusan yang di pamerkan oleh wakil tungal Malaysia dalam saingan kelas premier MotoGP,Hafizh Syahrin sekadar menamatkan perlumbaan di kedudukan terakhir di Amerika Syarikat.
Ini bermakna, Hafizh terpaksa menunggu lebih lama bagi mengutip mata pertamanya bagi musim MotoGP2019.
Apa masaalah yang di hadapi Hafizh?
“Secara jujur saya sedikit kecewa, kerana kami cuba memilih tayar yang berbeza, tetapi nampaknya bukan pemilihan yang betul”. Itu luahan pelumba MotoGP Negara kepada peminatnya.
Saya tidak dapat menghentikan motosikal dengan cukup baik, jadi saya hanya berjuang dengannya. Ia adalah sukar untuk mengekalkan kelajuan dan ini mengambil semua tenaga saya.
Saya tidak tahu mengapa ini berlaku.masa perlumbaan Di Texas, ujar Hafizh tentang masaalah yang di hadapi sewaktu perlumbaan di Texas,Amerika Syarikat.
Persoalannya adakah Hafiz dan rakan sepasukan iaitu, Zarco,Espagaro dan Oliviera masih belum ketemui rentak sebenar motosikal yang di tunggani.Atau jentera KTM perlukan sentuhan mekanik yang lebih berbisa.
No comments:
Post a Comment