Search This Blog

Monday, April 29, 2019

Motosikal Dicuri - 48 Tahun Kemudian berjaya di temui



Jika kita menjadi mangsa kecurian, pastinya kita menaruh harapan agar barang-barang kita dapat di temui semula.



Ini bukanlah cerita dongeng malah adalah satu perkara yang luar biasa. Bukan sahaja motosikal yang dicuri ditemui semula, tetapi mengambil masa empat puluh lapan tahun untuk di ketemukan.

Kisahnya begini, Motosikal Harley-Davidson model 1957 milik Delroy Sims yang tinggal di sebelah timur Houston, Texas telah di curi pada tahun 1963. Pada masa itu model tersebut dikategorikan motosikal yang agak baru.

Keajaibannya bukan sahaja motosikal tersebut di temui semula,malahan jentera tersebut dalam keadaan baik tetapi bergerak di jalanraya. Anak lelaki Delroy Sims, iaitu  Darell cukup heran serta dihujani pelbagai soalan di fikiran.

Siapa yang mencuri, dan di mana ia telah hidup sepanjang masa? Adakah pembeli yang paling baru tahu bahawa ia telah dicuri? Bagaimanakah ia dapat dikenal pasti? Apakah bukti yang di tunjukkan oleh Darell bahawa itu motosikal kepunyaan ayahnya?

Walau bagaimanapun, polis di Dallas baru-baru ini menemui motosikal itu dan meminta HPD untuk mencari Sims atau keluarganya.


Pemilik asal, sayangnya, tidak hidup lama untuk melihat motosikal yang dicuri telah di temui. Motosikal tersebut telah di serahkan keluarganya,Darrell berkata dengan kembalinya motosikal tersebut ke pangkuan keluarga,membuatkan mereka merasakan lebih dekat dengan ayahnya.

Menurut Darell,dia akan menjaga serta memastikan motosikal tersebut berkeadaan sepertimana ayahnya menjaga jentera sewaktu beliau masih hidup.Ini adalah motosikal klasik.

Darrell berkata "Motosikal berada di garaj saya." Dia menyatakan, "Jika ada tawaran $ 100,000 dolar mahupun suku juta saya tetap dengan pendirian iaitu tidak akan menjualnya."


Thursday, April 25, 2019

Hafizh Syahrin Perlukan Konsisten - Herve Poncharal,Tech3 KTM



"Kekecewaan yang merudum,kita tahu Hafizh berpotensi",kata pengurus pasukan Tech3 KTM, Herve Poncharal selepas perlumbaan di Amerika. "Kadang-kadang dia cepat dua saat daripada pusingan sebelumnya, jadi dia tidak konsisten. Naik dan turun, kami tidak faham bagaimana terjadinya perbezaan masa yang tidak konsisten di setiap pusingan.

Cukup berbeza jika dibandingkan kedudukan Hafizh pada musim lepas dan kalah pada Franco Morbidelli dengan perbezaan mata yang sedikit .



Permulaan musimMotoGP2019bagi Hafizh Syahrin agak mengecewakan bagi Herve Poncharal.Kedudukan terakhir di Qatar, kedua terakhir di Argentina, terakhir sekali lagi di Texas.

Saya benci untuk menjadi yang terakhir, ini bukan kedudukan yang baik, demikian keluhan Pengurus Tech3 KTM mengulas prestasi pelumba Negara Hafizh Syahrin.Namn Herve Poncharal bukanlah seorang pengurus yang terus menghukum pelmbanya berikutan kedudukan yang tercorot.

"Masih ada kerja yang harus dilakukan untuknya memahami dengan lebih baik bagaimana mengendalikan motosikal dan menjadi lebih konsisten. Selain dari pecutan,Hafizh juga perlu konsisten semasa menunggang."


"Saya mengambil langkah positif dari perlumbaan ini, saya belajar dan memahami lebih banyak tentang motosikal. Posisi saya di atas motosikal perlu sedikit berbeza, jadi terus berusaha ke arah ini untuk menjadikan saya lebih selesa." Hafizh Syahrin.

Peminat MotoGP negara mengharapkan sesuatu perubahan akan berlaku di MotoGP di Jerez nanti.

Wednesday, April 24, 2019

Terimakasih Pada Pak Ya Dan Keluarga - Lan Pet Pet


Usah dipanjangkan kisah yang sudah berlaku. Lumrah manusia tidak lari dari melakukan kesilapan.
Ini lah kisah pelawak terkenal negara Mazlan(lan Pet Pet). Insiden menumbuk pengawal keselamatan di Acacia Desa Park Jati pada 6 April lalu heboh seluruh negara.



Insiden yang mencalar imej dan kerjaya,harus di perbetulkan semula demi kebaikan kedua belah pihak. Satu pertemuan selama 2 jam antara Yahya Manap (Pak Ya) dan Mazlan telah berlangsung di satu premis di nilai.

Pertemuan yang melibatkan kedua belah keluarga berlangsung dalam suasana harmonis.Pak Ya yang menghormati tindakan Lan Pet Pet untuk bersemuka menyatakan ,beliau kasihan dengan Lan terutama dalam aspek kerjaya selepas apa yang berlaku.


Bagi Pak Ya buang yang keruh ambil yang jernih.Beliau juga akan berbincang dengan peguam bagi menarik balik permohonan  rayuan supaya hukuman yang dikenakan kepada Lan di semak semula.Begitu juga dengan niat untuk menyaman Lan, tindakan tersebut tidak akan diteruskan.


Lan Pet Pet seorang bikers yang aktif ,merancang untuk membawa Pak Ya dan isteri ke Makkah untuk menunaikan Umrah, Lan juga turut berterima kasih kepada Pak Ya dan keluarga yang telah memaafkan kesilapannya tempoh hari.

Peminat dua roda memuji tindakan Lan Pet Pet dalam menangani masaalah ini.Tiada masaalah yang tidak boleh diselesaikan melainkan maut.




PICS dan Video Sumber BH ONLINE

Monday, April 15, 2019

Cacat Bukan Penghalang Memandu Kereta Porsche


Walaupun dilahirkan tanpa kaki. Manfred Huber 52 tahun,bermimpi untuk memiliki, memandu, dan menjaga kereta  Porsche sejak kecil.


Dia seorang yang kreatif. Dia telah mengubahsuai Porsche 911 T klasik dengan kawalan tangan untuk mengendalikan bukan sahaja klac, tetapi juga minyak dan brek.


"Transmisi automatik dan penyejuk udara ini 911 tidak perlu bagi saya." jelas Huber. "Sebab itulah saya memasang tuil kedua ini. Ia mengendalikan pendikit, brek dan klac. Di rumah, saya juga mempunyai 991 Cabriolet dengan Tiptronic, tetapi itu hanya untuk perjalanan jauh dengan isteri saya. 




Porsche 911 Huber dengan warna hijau cerah serta rim oren, ia tidak mempunyai beg udara, radio, pemanas pendingin udara. Hanya rim Sparco, tempat duduk jenis bucket yang di kategorikan bersesuaian dengan keadaan fizikal beliau dan modifikasi kawalan tangan.


Manfred Huber begitu seronok memandu Porsche kesayangannya,jelas gaya pemanduan dan kekerapan beliau memandu kereta ini,seolah-olah sama seperti pemandu yang lain memandu Porsche 911 berkeadaan asal .


Adui Tersalah Tayar Pulak - Hafizh


Peminat sukan permotoran negara kita mungkin hampa. Keputusan yang di pamerkan oleh wakil tungal Malaysia dalam saingan kelas premier MotoGP,Hafizh Syahrin sekadar menamatkan perlumbaan di kedudukan terakhir di Amerika Syarikat.

Ini bermakna, Hafizh terpaksa menunggu lebih lama bagi mengutip mata pertamanya bagi musim MotoGP2019.


Apa masaalah yang di hadapi Hafizh?

“Secara jujur  saya ​​sedikit kecewa, kerana kami cuba memilih tayar yang berbeza, tetapi nampaknya bukan pemilihan yang betul”. Itu luahan pelumba MotoGP Negara kepada peminatnya.


Saya tidak dapat menghentikan motosikal dengan cukup baik, jadi saya hanya berjuang dengannya. Ia adalah sukar untuk mengekalkan kelajuan dan ini mengambil semua tenaga saya.

Saya tidak tahu mengapa ini berlaku.masa perlumbaan Di Texas, ujar Hafizh tentang masaalah yang di hadapi sewaktu perlumbaan di Texas,Amerika Syarikat.


Persoalannya adakah Hafiz dan rakan sepasukan iaitu, Zarco,Espagaro dan Oliviera masih belum ketemui rentak sebenar motosikal yang di tunggani.Atau jentera KTM perlukan sentuhan mekanik yang lebih berbisa.

Thursday, April 11, 2019

DIBW209 - Tiada Komen, Tiada Perbezaan, Tiada Batasan



Kemunculan satu lagi acara perhimpunan motosikal bakal diadakan di Negeri Johor.Julung kalinya acara perhimpunan motosikal yang di jangka bakal menerima tetamu dari pelbagai negara akan di adakan di Desaru,Kota Tinggi,Johor.Apakah acara ini bakal menjadi acara perhimpunan motosikal tersohor di dalam negara kita?

Penganjuran program ini bakal mengegarkan sepanjang 25 kilometer Pantai Desaru dari 13 hingga 19 September akan datang.


Sidang media bersama Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim bersempena majlis pengumuman Desaru International Bike Week (DIBW) 2019 telah diadakan di Desaru Coast Conference Centre, Desaru, Kota Tinggi.


“The Real Brotherhood”, itulah tema acara perhimpunan motorsikal terbesar ini dijangka akan menarik lebih 50,000 pemilik motosikal tempatan dan antarabangsa dari pelbagai jenis motosikal yang akan berkumpul secara besar-besaran di selatan tanah air Johor Darul Ta’zim.


Bertujuan memperkukuhkan semangat ikatan persaudaraan antara pelbagai kumpulan dan pemilik motosikal tanpa sebarang sekatan.Itulah matlamat utama Desaru International Bike Week di adakan.


Mempromosikan Malaysia secara amnya dan negeri Johor khususnya ke peringkat antarabangsa merupakan satu lagi objektif DIBW2019.


Tunku Ismail adalah penaung diraja bagi program DIBW 2019 ini.

Tunku Ismail bertitah program seperti ini akan diadakan pada setiap dua tahun. Langkah ini demi memberikan masa kepada agensi kerajaan serta semua pihak yang terlibat membuat persiapan sebaiknya dalam penganjuran seperti ini pada masa akan datang.

Pameran motosikal koleksi peribadi Tunku Ismail, pameran motosikal syarikat antarabangsa dan tempatan, perlumbaan motosikal pantai (Beach Drag Race), Malam Penghargaan Anugerah Motosikal Malaysia.

Pertemuan kelab-kelab motosikal, pertandingan golf, konsert dan pertunjukan kebudayaan.Demikian antara tarikan acara yang akan berlangsung sepanjang DIBW2019 nanti.


Terdahulu Konvoi bermotosikal seramai 400 buah yang di ketuai oleh Tunku Ismail,telah bergerak dari Istana Pasir Pelangi menuju ke Desaru.Konvoi tersebut di sertai oleh pelbagai jenis motosikal.


Turut menyertai konvoi tersebut ialah pemilik motosikal dari Kuwait,Brunei,Indonesia,Singapura,
Sarawak dan Sabah.


Promosi yang begitu hebat serta ikatan persahabatan sehingga mengamit kehadiran pemilik motosikal dari luar negara merupakan hasil usaha Pengasas DIBW2019 iaitu Dato' Sri Shahrizal Ishakbersma tim DIBW2019.










Islamik,Berdisplin,Muafakat - Melaka Lady Bikers

Melaka Lady Bikers, bukannya satu nama yang besar dan juga bukan grup motosikal yang dilimpahi dana berjuta. Intergriti ahli serta pemimpi...