Search This Blog

Tuesday, March 12, 2019

ZONTES - Meyakinkan untuk perjalanan yang jauh



Belum pun sampai sebulan di perkenalkan di negara kita,namun cerita tentang motosikal dari Negara Tembok Besar,China saban hari terpampang di laman media sosial.Apakah benar dan tepat sekali cerita-cerita tersebut.


Persoalan tersebut mungkin dapat diselesaikan dengan bukti bergambar serta jawapan dari yang menunggang motosikal tersebut.Tester bernasib baik apabila terpilih untuk berkonvoi dengan penunggang wanita yang telah menggunakan motosikal Zontes iaitu model ZT310-T sebanyak dua buah,ZT310-X dan ZT310-R.


Paling menakjubkan semua penunggang wanita yang menunggang motosikal Zontes adalah dari Malaysia Timur iaitu Sarawak.Dan ini merupakan pengalaman kali pertama buat mereka menunggang motosikal di semenanjung.


Motosikal Zontes merupakan segmen lightweight terkini dibawa masuk ke negara kita.Jadi teramat bersesuaian untuk penunggang wanita ataupun mereka yang baru bejinak dengan dunia motosikal berkuasa tinggi.


4 penunggang dari Sarawak tersebut telah berkonvoi bersama-sama dengan Gabungan Kelab Bikers Wanita seramai 108 buah motosikal.Konvoi yang bermula dari Putrajaya telah menuju ke destinasi di Pasir Gudang, Johor.


Puan Nurul Sharinna yang berpeluang menunggang Zontes 310-R sejauh 335km dan berpengalaman selama 5 tahun menunggang motosikal berkuasa tinggi, menyifatkan motosikal model Zontes ini adalah senang dikawal,sesuai untuk wanita.


Beliau yang mempunyai motosikal Harley Sporster 883 di Sarawak. Puan Nurul Sharinna berpendapat model Zontes ini tidak terlalu berat dan masih lagi berkategori motosikal yang santai serta tidak terlalu agresif.


Pendapat tersebut turut disokong oleh seorang lagi penunggang wanita dari Kuching,Sarawak.Mel itu lah nama penunggang yang tersohor dari grup Ladies Bikers kuching.Beliau memiliki Kawasaki Z250 di Kuching.


Mel yang jelas cukup meminati model ZT310-T, turut menyatakan model tersebut merupakan model yang bakal mendapat tempat di hati peminat 2 roda di Bumi Sarawak.Ini kerana model Adventure permulaan itu memenuhi ciri-ciri bagi perjalanan di Sarawak.Dan tambahnya lagi harga pun mampu milik.

Jadi persoalan adakah model Zontes ini mampu untuk perjalanan jauh? Penunggang wanita telah membuktikannya dengan jarak 670km bagi dua hala iaitu PutraJaya-Pasir Gudang,Johor-Putra Jaya.

Bersesuaian dengan visi Zontes iaitu prestasi,inovasi,teknoloji dan gaya.Ianya juga
menawarkan kualiti,keselesaan,aksesibiliti serta praktikal dengan harga yang kompetitif
.




No comments:

Islamik,Berdisplin,Muafakat - Melaka Lady Bikers

Melaka Lady Bikers, bukannya satu nama yang besar dan juga bukan grup motosikal yang dilimpahi dana berjuta. Intergriti ahli serta pemimpi...