Tamparan hebat buat 4 pasukan premium yang telah membuat bantahan,apabila Mahkamah Rayuan MotoGP menolak bantahan mereka berhubung kait isu peranti yang di pasang pada moto GP Pasukan Ducati yang digunakan oleh Andrea Dovizioso,Danlo Petruci dan Jack Miller Pramac.
Ducati berjaya mengukuhkan lagi bukti berikutan laporan teknikal oleh MegaRide, sebuah syarikat Itali yang bekerjasama dengan kilang Ducati pada termodinamik masa sebenar tayar.
"Kami juruteknik dan ahli akademik, bekerja di makmal dan aktiviti pemodelan," tegas Flavio Farroni iaitu Ketua Pegawai Eksekutif & pengasas Mega Ride. yang dipanggil sebagai saksi kepada Ducati yang juga rakan kongsi mereka ke Mahkamah Rayuan MotoGP.
Farroni berkata mereka dapat membuktikan bahawa peranti itu telah dibangunkan untuk menghasilkan fluks penyejukan yang membolehkan tayar berfungsi dalam julat yang optimum.
Secara ringkas, peranti ini digunakan untuk mengalir aliran udara segar ke permukaan luaran tayar.
"Memalukan untuk mendapatkan keputusan ini, kami terpaksa menghabiskan masa dan wang dengan peguam dan mendedahkan kepada empat pasukan yang membantah isu pemahaman kami mengenai penyejukan tayar."
Demikan kata-kata dari Ketua Pegawai Eksekutif Ducati, Claudio Domenicali selepas Mahkamah Rayuan MotoGP menolak bantahan oleh empat saingannya perihal spoiler swingarm yang dipasang.
Secara automatik Andre Dovizioso kekal sebagai pemenang MotoGP Qatar.
No comments:
Post a Comment