Search This Blog

Wednesday, August 1, 2018

TOC HKM RACING TEAM


Pencapaian bukan sahaja datang dari teknologi tetapi semuanya mengenai pasukan di belakang jentera.
Prinsip yang mendokong kejayaan TOC HKM RACING TEAM adalah berteraskan pendidikan dan pembangunan sukan permotoran serta garaj.
Menurut Mohd Najuib Alias,Pengarah Pasukan HKM RACING TEAM ,acara ini lebih daripada sekadar bisnes,kami pasukan yang bertenaga dan bersemangat.Sukan permotoran adalah cara terbaik untuk menterjemahkan keberanian dan kerja berpasukan. 
Sejarah pasukan penuh warna warni.Bermula dari tahun 2012 sehingga sekarang mereka adalah"Members Of Malaysia Superbike Championship".Kolaborasi dengan MARA bermula tahun 2012 sehingga 2016 dikenali sebagai"Program Auto Pintar" telah membuahkan hasil apabila pasukan telah dianugerakan sebagai Pasukan LumbaTerbaik.

Satu misi yang tidak dijangka untuk tahap sukan permotoran di Malaysia.Gabungan TOC dan HKM RACING TEAM.

Pertukaran teknologi dan bekerjasama dengan falsafah, kolaborasi dengan TOC dan HKM menandakan kemunculan pembangunan sukan permotoran di Malaysia.
Kerjasama dengan institusi pendidikan kejuruteraan tempatan dan memberi peluang baru tentang teknoloji.

Pengalaman pertukaran maklumat dan berkongsi idea pastinya akan memberikan peluang kepada pembangunan sukan permotoran di Malaysia sehingga ke tahap lebih tinggi.
Kolaborasi TOC dan HKM terbukti berjaya apabila dinobatkan sebagai Pasukan Perlumbaan Terbaik 2017-2018.Barisan pelumba yang cukup mantap dan berpengalaman  iaitu Hafizh Syahrin,Ramdan Rosli,Hafiq Azmi dan Nasarudin Md Yusof.









No comments:

Islamik,Berdisplin,Muafakat - Melaka Lady Bikers

Melaka Lady Bikers, bukannya satu nama yang besar dan juga bukan grup motosikal yang dilimpahi dana berjuta. Intergriti ahli serta pemimpi...