Search This Blog

Friday, August 3, 2018

KAWASAKI KX450 -2019

Ada yang berbisik pada "Tester" perihal motosikal ini.kepada peminat enduro perlu diviralkan. Kawasaki KX450 2019 yang baru,dikatakan punyai enjin yang lebih berkuasa dan casis aluminium yang lebih ringan.
Dengan berat 110kg, Kawasaki telah mengubahsuai semula motosikal silinder tunggal 449cc itu bagi membolehkan kuasa puncak maksimum 3.4bhp.Klac hidraulik dengan tindakan tuil ringan.
Bingkai Mengurangkan Berat

Kawasaki KX450 dipadankan bingkai perimeter aluminium yang ringan.Dilengkapi dengan swingarm baru bagi meningkatkan daya tarikan dari roda belakang.
Kestabilan dan kawalan yang lebih jitu dititikberatkan pada model KX 450.Penggantungan 49mm jenis terbalik(inverted coil spring forks) dihadapan iaitu sama seperti motosikal lumba. Sementara brek depan dengan cakera 270mm dan cakera belakang 250mm.

Pegubahsuai Badan Motosikal

Bagi memudahkan penunggang, pelana direka lebih panjang dan selesa,tangki minyak ke bawah dan rata.Rekaan ini membolehkan penunggang duduk lebih jauh.Kedudukan enjin terlindung kemas.
Demi memastikan motosikal memenuhi kehendak penunggang,terdapat empat pilihan posisi pemegang hendal dan dua kedudukan pemijak kaki yang boleh diubahsuai.
Warna yang ditawarkan adalah Lime Green.





Kredit :MCN

No comments:

Islamik,Berdisplin,Muafakat - Melaka Lady Bikers

Melaka Lady Bikers, bukannya satu nama yang besar dan juga bukan grup motosikal yang dilimpahi dana berjuta. Intergriti ahli serta pemimpi...