Search This Blog

Tuesday, August 13, 2019

Selamat Tinggal KTM - Zarco



Benarkah Johann Zarco akan meninggalkan Pasukan KTM pada akhir musim MotoGP 2019?

Pengumuman itu dibuat di Facebooknya selepas tamat perlumbaan MotoGP Austria.Keputusan itu dibuat selepas perbincangan dengan KTM di Red Bull Ring

Tidak pasti kemana hala tuju Zarco ,memandangkan semua pasukan telah ada pelumba masing-masing.


Walaupun sudah terkenal, bekas juara Moto2 dua kali itu telah berjuang sepanjang musim di KTM dengan RC16, namun ia masih menjadi kejutan besar melihat dia meninggalkan dengan tergesa-gesa,

Sekarang KTM mempunyai slot kosong untuk tahun depan. Pol Espargaro akan meneruskan dengan Pasukan Red Bull KTM.


Manakala Miguel Oliveira dan Brad Binder akan menunggang Pasukan Perlumbaan Red Bull KTM Tech 3.

Nampaknya Pasukan KTM akan kehilangan 2 pelumba iaitu Hafiz Syahrin dan Zarco.Kedua pelumba ini masih lagi belum ada sebarang tawaran untuk menyertai mana-mana pasukan dalam MotoGP.


No comments:

Islamik,Berdisplin,Muafakat - Melaka Lady Bikers

Melaka Lady Bikers, bukannya satu nama yang besar dan juga bukan grup motosikal yang dilimpahi dana berjuta. Intergriti ahli serta pemimpi...