Search This Blog

Thursday, August 15, 2019

Tech3 Tiada lagi Di Moto2 - KTM


Satu lagi perubahan yang mendadak oleh KTM. Belum lagi reda dengan isu penarikan diri oleh Zarco, kini KTM sekali lagi menghangatkan kancah dunia perlumbaan motosikal.

MotoGP di Austria atau lebih dikenali sebagai gelanggang Tuan Rumah bagi pasukan KTM. Kebiasaannya KTM mengumumkan rancangan perlumbaan seterusnya di litar tersebut.


Berita yang mengejutkan, keputusan KTM untuk menarik diri sebagai pembekal casis Moto2.

Pasukan Tech3 akan menamatkan penglibatan Moto2 pada musim 2019 dan memasukan Red Bull KTM yang baru dalam kelas Moto3 pada musim depan.


Tech3 direka dan melancarkan casisnya sendiri dari permulaan kelas Moto2 pada tahun 2010.tetapi beralih ke KTM musim ini bersama perkongsian barunya dengan pengilang Austria di MotoGP.

Pengurus pasukan Tech3 Herve Poncharal, berkata ""Saya benar-benar memahami dan menyokong keputusan KTM untuk menarik diri dari kelas Moto2 dan menumpukan usaha pada Moto3 dan MotoGP."


Beliau juga berharap pelumba yang terpilih memahami dan bersedia pada tahun depan dengan jadual serta latihan yang agak sibuk.

Tambah beliau, itu merupakan amanat dan harapan dari Red Bull KTM.


Setakat ini belum ada pelumba yang telah diumumkan untuk projek Tech3 Moto3 yang baru. Projek Tech3 Moto3 merupakan sebahagian dari perancangan jangka panjang KTM dalam "mengalakkan" pelumba muda.

Pengarah Motosport KTM, Pit Beirer menegaskan, ini akan menjadi asas yang sangat kuat untuk masa depan anak muda yang berbakat. Ia adalah sebahagian daripada strategi global kami dalam MotoGP.








Tuesday, August 13, 2019

Selamat Tinggal KTM - Zarco



Benarkah Johann Zarco akan meninggalkan Pasukan KTM pada akhir musim MotoGP 2019?

Pengumuman itu dibuat di Facebooknya selepas tamat perlumbaan MotoGP Austria.Keputusan itu dibuat selepas perbincangan dengan KTM di Red Bull Ring

Tidak pasti kemana hala tuju Zarco ,memandangkan semua pasukan telah ada pelumba masing-masing.


Walaupun sudah terkenal, bekas juara Moto2 dua kali itu telah berjuang sepanjang musim di KTM dengan RC16, namun ia masih menjadi kejutan besar melihat dia meninggalkan dengan tergesa-gesa,

Sekarang KTM mempunyai slot kosong untuk tahun depan. Pol Espargaro akan meneruskan dengan Pasukan Red Bull KTM.


Manakala Miguel Oliveira dan Brad Binder akan menunggang Pasukan Perlumbaan Red Bull KTM Tech 3.

Nampaknya Pasukan KTM akan kehilangan 2 pelumba iaitu Hafiz Syahrin dan Zarco.Kedua pelumba ini masih lagi belum ada sebarang tawaran untuk menyertai mana-mana pasukan dalam MotoGP.


Islamik,Berdisplin,Muafakat - Melaka Lady Bikers

Melaka Lady Bikers, bukannya satu nama yang besar dan juga bukan grup motosikal yang dilimpahi dana berjuta. Intergriti ahli serta pemimpi...