Search This Blog

Monday, March 9, 2020

Islamik,Berdisplin,Muafakat - Melaka Lady Bikers


Melaka Lady Bikers, bukannya satu nama yang besar dan juga bukan grup motosikal yang dilimpahi dana berjuta. Intergriti ahli serta pemimpin yang berkaliber berjaya mengilapkan nama grup.

Sekadar berkumpul dihujung minggu, itu detik bermulanya Melaka Lady Bikers(MLB). Dinobatkan sebagai grup motosikal wanita negeri Melaka pada tahun 2014.


Melaka Lady Bikers di pimpin oleh Pn Mas Zila Mohd, Presiden yang disegani oleh ahli kelab. Lebih manja dengan gelaran kak Mas merupakan seorang penunggang tegar dan memiliki Kawasaki Z 1000.


Menurut Kak Mas, MLB tidak rasis malahan sentiasa membuka pintu buat penunggang kapcai.

Boleh dikatakan 99 peratus ahli MLB adalah anak jati Melaka. Terdapat juga bikers wanita dari Singapura, K,Lumpur dan Johor yang turut menjadi ahli MLB.

Terkini MLB dengan keahlian hampir 50 orang termasuk 10 orang adalah penunggang kapcai.


Belum pernah kita melihat kelab motosikal Wanita berpakaian dengan jaket(Vest) pantulan cahaya sewaktu berkonvoi. MLB membuka tirai bagi grup motosikal wanita.

Malah jaket keselamatan tersebut adalah fesyen yang terkini dan sesuai di guna pakai oleh penunggang wanita.


Penunggang kapcai MLB juga dibekalkan dengan jaket(Vest)pantulan cahaya jenis bertali.

Islamik. Buat ahli MLB berugama Islam yang berhijab, pemakaian hijab diselaraskan. Berwarna pink dan tertera logo MLB di belakang.


Muafakat. Toleransi itu asas diterapkan oleh presiden kepada semua ahli MLB. Tiada kuasa veto dan tidak berpuak-puak. Segala keputusan mengikut persetujuan ramai.


Displin. Isu yang sensitif bagi kelab atau grup motosikal terutama sewaktu berkonvoi.Pemilik kapcai MLB semesti belum berpengalaman menyertai konvoi bersama motosikal berkuasa tinggi.


MLB telah berjaya merelisasikan latihan kepada penunggang kapcai mereka. Kekerapan berkonvoi sesama sendiri sambil diawasi oleh ahli MLB penunggang motosikal berkuasa tinggi.

Info tentang isyarat tangan yang sering diguna pakai sewaktu berkonvoi dan langkah-langkah perlu diambil sekiranya berlaku insiden yang tidak diingini.


Itu antara latihan asas diberikan kepada penunggang kapcai serta ahli MLB yang kurang berpengalaman. Hasil didikan ternyata membuahkan kejayaan serta mendapat kepujian.


Kenyataan Kak Mas dibuktikan semasa MLB menyertai konvoi bersama Annaco iaitu grup motosikal dari Singapura.


Lebih dari 300 buah motosikal menyertai konvoi sepanjang 2km jaraknya. Destinasi ialah Yayasan Solok Saga di Sg Umbai, Melaka.

Menurut Presiden MLB, kelab sentiasa memberi peluang kepada ahli yang ingin meneroka lebih mendalam tentang dunia permotoran.


Contohnya jika ada ahli yang ingin mengembara secara solo atau dalam kelompok yang kecil,MLB sentiasa menyokong dan membantu semampu mungkin.


Pelbagai aktiviti kemasyarakatan serta kunjngan kepada grup motosikal wanita dari luar negara akan diadakan dimasa mendatang.


Kini nama MLB sudah cukup terkenal di Singapura, Sarawak dan Sabah.


Semoga usaha dan budaya MLB menjadi tauladan buat grup motosikal wanita yang lain.

Moto MLB cukup mudah,"Menunggang berhemah ramai kawan,Menunggang berlagak kita dibenci"








Saturday, January 11, 2020

Honda CBR150R(2020) - Masuki Pasaran Indonesia

Barisan Honda CBR150R
Kami minggu lepas menerima kenyataan akhbar dari Honda Malaysia tentang pelancaran Honda RS150 (2020) versi yang di naiktaraf (Facelift) merupakan model pemula tahun 2020.

Tetapi kita masih tertinggal di belakang pasaran Indonesia. Peminat Honda di negara Indonesia telah dipertontonkan dengan sportbike CBR150R (2020) yang juga edisi facelift.

Model terkini Honda sportbike CBR150R telah dilancarkan oleh PT Astra Honda(AHM) sempena tahun 2020. Tester mendapat khabar model ini terdapat 5 varian.

1. Varian CBR150R Dominator ABS. Warna baharu serba hitam di kenali dengan Matte Black(hitam Kusam).Ianya bagi memenuhi cita rasa peminat sportbike negara tersebut.
Harga yang ditawarkan :-RP35,633,000(RM10,485)

Dominator 150-ABS

2. Matte Black ini juga di tawarkan dengan Konsep Sport Jalanan Standard.
Harga yang ditawarkan :-RP34,934,000(RM10,280)

Sport Standard
3. Varian Victory Black Red (hitam merah) berkonsepkan "Racing Look" ABS.
Harga yang ditawarkan:-Rp34,934,000(RM10,280)

3 Varian Matte Black
4.Varian CBR150R Racing Red Standard dengan ABS.
Harga yang ditawarkan:-Rp35,633,000(RM10,485)

Racing Red Standard
5.Varian CBR150R MotoGP Edition dengan ABS.
Harga yang ditawarkan ;-Rp39,834,000(RM11,721)

Varian Edisi MotoGP



Wednesday, January 1, 2020

Bunga Api Korbankan Pekerja IT Dan Teknoloji MotoGP

Kenangan Terakhir Mendiang bersama isteri sebelum tragedi 
Acara Sambutan Tahun Baru 2020 di Pattaya bertukar menjadi tragedi  dan meragut nyawa Gary Mclaren seorang kakitangan MotoGp di bahagian IT dan Teknoloji.

Saksi kejadian, Wassana Ngontai seorang pekerja di Miami A Gogo Bar Pattaya berkata, dia melihat seorang lelaki cuba menyalakan bunga api tetapi gagal untuk kali pertama.

Kali kedua Wassana Ngontai melihat asap dari bunga api dan lelaki berdekatan bunga api.
Selepas itu terdengar letupan kuat menyebabkan lelaki tersbut jatuh.

Gary Mclaren 50 warga British berasal dari Corby,Nothamptonshire dan isterinya Jasmine seorang warga Thailand baru pulang dari London berjumpa ibubapanya.

Menurut  Kapten Polis Nakhonrat Nontseelard, Ketua Setiausaha Pejabat Strategik Polis Bandar Pattaya berkata: "Kami diberitahu bahawa seseorang telah terbunuh akibat letupan di Pattaya Beach Soi".

Para Penyelamat telah memberikan rawatan kecemasan namun Gary Mclaren gagal di selamatkan.

Polis Thailand telah memaklumkan Kedutaan Britain di Bangkok mengenai insiden itu. Mayat Gary McLaren dibawa ke hospital untuk bedah siasat.





Islamik,Berdisplin,Muafakat - Melaka Lady Bikers

Melaka Lady Bikers, bukannya satu nama yang besar dan juga bukan grup motosikal yang dilimpahi dana berjuta. Intergriti ahli serta pemimpi...