Search This Blog

Tuesday, July 30, 2019

Hafizh Syahrin akan berlumba kereta?


Valentino Rossi dan Andrea Dovizioso suatu ketika dulu pernah membuat kejutan dengan menyertai acara lumba kereta. Mungkin ini langkah yang terbaik buat pelumba MotoGP Negara Hafizh Syahrin.

Hafizh, telah menetapkan untuk mencuba bakatnya pada perlumbaan kereta tahun ini. Pihak Litar Antarabangsa Sepang(SIC) telah mengesahkan.


Beliau akan bersaing sebagai Wild Card di dalam pusingan Piala Dunia FIA (WTCR) dan kejohanan dunia FIM Endurance (EWC) pada 14-15 Disember nanti.

Hafizh berkata 'Saya mahu mencuba sesuatu yang baru dengan WTCR sebagaimana Dovizioso dan Rossi pernah melakukannya dulu, WTCR sangat terkenal di Eropah.'

Saya mempunyai minat dengan kereta, tetapi saya tidak pernah masuk berlatih di litar. Saya percaya persaingan akan menjadi sengit.


Saya perlu belajar dengan cepat kerana saya tidak mahu menamatkan perlumbaan di kedudukan terakhir..

Ujian dengan pasukan WTCR akan diadakan pada november.Hafizh akan berlatih dengan pemandu WTCR  iaitu Mitchell,Jazman Jaafar dan Nabil Jefri.


Bagi Kejohanan EWC, ianya satu perlumbaan yang memakan masa yang agak lama. Terdapat tiga penunggang yang berkongsi motosikal yang sama,Semua penunggang mestilah konsisten semasa menunggang.

Menyentuh tentang EWC, Hafizh berkata 'saya mempunyai idea yang lebih baik tentang apa yang perlu dilakukan berkaitan dengan EWC kerana saya pernah terlibat di Suzuka pada tahun 2017.'

RIDE-NOW-PAY-LATER - MOTO GUZZI


Tawaran terbaik. Anda tidak pernah mendapakannya selain di Moto Guzzi.

Moto Guzzi Malaysia, melalui Didi Resources Sdn Bhd, pengimport dan pengedar sah Moto Guzzi mengadakan promosi "Ride-Now-Pay-Later" sekali seumur hidup.

Pelik bunyi Promosi ini. Kini Moto Guzzi, Malaysia akan memberikan anda menunggang motosikal kegemaran anda dengan percuma hingga 6 bulan, tanpa rasa bimbang.

Pendekatan secara profesional kepada mereka yang sentiasa mencari jenama baru. Anda tidak perlu risau tentang ringgit dan sen.

Apa terma dan syarat-syaratnya?

1. Promosi ini berkuatkuasa dari 15 Jun 2019 hingga 31 Ogos 2019.


2. Pendaftaran motosikal mestilah dilakukan pada 31 Ogos 2019.

Ini adalah senarai wakil pengedar sah Moto Guzzi yang terlibat dalam Promosi.

1. Welly World Cycle Co. 2135, Jalan 3/1, Batu 13 1/2, 47000 Bandar Baru Sungai Buloh, Selangor, 012-9412322

2. Stronghold Cycles @ The Gasket Alley Lot 15, 13, Jalan 13/6, Seksyen 13, 46200 Petaling Jaya, Selangor, 016-3738656

3. Sheng Fatt Motorbike Sdn. Bhd. No 24, Jalan Dato Keramat, 10150 George Town, Pulau Pinang, 012-4018932


4. Soon Hin Co. A-139 & A-141, Jalan Beserah ,, Kuantan, Taman Seaview, 25300 Kuantan, Pahang, 016-9350055

Wednesday, July 24, 2019

Tunggang Uji Kawasaki Z250 (ABS) & Z400 SE (ABS)



Model yang telah dilancarkan pada April lepas. Tester tidak berpeluang hadir semasa majlis pelancaran model 2019 itu disebabkan tugasan lain.

Kawasaki telah mengadakan sesi tunggang uji kepada pengamal media permotoran bagi menunggang uji model Z yang masih panas dipasaran.Acara tersebut diadakan di Bangi Golf Resort.


Selain dari Z250(ABS) dan Z400(ABS),kami juga berpeluang menguji Kawasaki Vulcan 900.

Sesi tunggang uji terbahagi kepada dua, iaitu sesi untuk media dan sesi untuk wakil penjual sah kawasaki.Setiap pegamal media diberi taklimat tentang Z250(ABS) dan Z400(ABS) sebelum tunggang uji.


Laluan yang digunakan agak mencabar.Terdapat selekoh pendek dengan permukaan jalan yang tidak rata serta berpasir.

Laluan yang memberikan peluang menguji sistem brek, kawalan terhadap motosikal,suspensi dan kemampuan motosikal.


Peluang memecut juga terhidang apabila memasuki fasa kedua dilaluan Putrajaya yang luas dan trafik yang lengang.

Setiap pengamal media diberi peluang bertukar motosikal dari Z250(ABS) kepada Z400(ABS) semasa sesi tunggang uji tersebut.



Kawasaki Media Ride ini bukanlah ujian sebenar kami terhadap varian Z tersebut.Ini adalah sekadar mengenal dan mencuba jentera varian Z.


Ujian sebenar bagi kedua varian Z akan di lakukan secara solo mengikut giliran masing-masing.






Thursday, July 4, 2019

Rossi Sudah Malap - Agostini



Lagenda lumba motosikal Giacomo Agostini percaya, Valentino Rossi tidak lagi setanding dengan pesaing utama MotoGPnya. Rossi tetap layak mendapat pujian kerana masih lagi mampu bertarung dan nikmati perlumbaan.

Giacomo Agostini Lagenda MotoGP
Giacomo Agostini pernah memenangi 15 gelaran grand prix. Lapan dalam kelas 500cc, antara 1966 dan 1975.Merupakan pelumba paling berjaya di kelas utama.

Pertemuan dua Jaguh Rossi dan Agostini pada tahun 2015
Menurut lagenda yang memasuki usia 77 tahun, Rossi yang berusia 40 tahun terpaksa berjuang untuk mengatasi pesaingnya yang lebih muda.”Valentino melakukan apa yang dia boleh, tetapi dia tidak dapat bersaing dan ini menimbulkan masalah baginya.”

Agostini di zaman kegemilangannya
Valentino telah banyak meraih kejayaan, tetapi tahun kegemilangannya telah berlalu dan ini berlaku pada semua orang.

“Kita semua mahu dia berada di sana lagi, sentiasa menjadi nombor satu, tapi saya fikir ia jelas kepada semua orang bahawa lawannya lebih kuat.” kata-kata ikhlas dari lagenda MotoGP.


Pada pandangan Agostini, Valentino seronok dan masih mahu berlumba. Valentino mahu berada di dunia itu dan walaupun dia mendapat tempat keempat, kelima dan tidak menang. Rossi tetap menikmati perlumbaan serta memuaskan hati sendiri.


Agostini yakin, Rossi boleh mengubah dan membentuk Yamaha, kerana pasukan itu akan bergantung kepada arahannya. Kerana beliau yang paling banyak pengalaman dengan motosikal Yamaha.

Mengakhiri ulasannya, Giacomo Agostini berkata, “Secara teknikal saya fikir dia tahu lebih banyak daripada pelumba lain, andai terdapat sesuatu yang salah dengan jentera Yamaha dan ada sesuatu yang perlu diubah, penilaian dan keputusannya akan menjadi yang terbaik.

Islamik,Berdisplin,Muafakat - Melaka Lady Bikers

Melaka Lady Bikers, bukannya satu nama yang besar dan juga bukan grup motosikal yang dilimpahi dana berjuta. Intergriti ahli serta pemimpi...