Search This Blog

Monday, March 9, 2020

Islamik,Berdisplin,Muafakat - Melaka Lady Bikers


Melaka Lady Bikers, bukannya satu nama yang besar dan juga bukan grup motosikal yang dilimpahi dana berjuta. Intergriti ahli serta pemimpin yang berkaliber berjaya mengilapkan nama grup.

Sekadar berkumpul dihujung minggu, itu detik bermulanya Melaka Lady Bikers(MLB). Dinobatkan sebagai grup motosikal wanita negeri Melaka pada tahun 2014.


Melaka Lady Bikers di pimpin oleh Pn Mas Zila Mohd, Presiden yang disegani oleh ahli kelab. Lebih manja dengan gelaran kak Mas merupakan seorang penunggang tegar dan memiliki Kawasaki Z 1000.


Menurut Kak Mas, MLB tidak rasis malahan sentiasa membuka pintu buat penunggang kapcai.

Boleh dikatakan 99 peratus ahli MLB adalah anak jati Melaka. Terdapat juga bikers wanita dari Singapura, K,Lumpur dan Johor yang turut menjadi ahli MLB.

Terkini MLB dengan keahlian hampir 50 orang termasuk 10 orang adalah penunggang kapcai.


Belum pernah kita melihat kelab motosikal Wanita berpakaian dengan jaket(Vest) pantulan cahaya sewaktu berkonvoi. MLB membuka tirai bagi grup motosikal wanita.

Malah jaket keselamatan tersebut adalah fesyen yang terkini dan sesuai di guna pakai oleh penunggang wanita.


Penunggang kapcai MLB juga dibekalkan dengan jaket(Vest)pantulan cahaya jenis bertali.

Islamik. Buat ahli MLB berugama Islam yang berhijab, pemakaian hijab diselaraskan. Berwarna pink dan tertera logo MLB di belakang.


Muafakat. Toleransi itu asas diterapkan oleh presiden kepada semua ahli MLB. Tiada kuasa veto dan tidak berpuak-puak. Segala keputusan mengikut persetujuan ramai.


Displin. Isu yang sensitif bagi kelab atau grup motosikal terutama sewaktu berkonvoi.Pemilik kapcai MLB semesti belum berpengalaman menyertai konvoi bersama motosikal berkuasa tinggi.


MLB telah berjaya merelisasikan latihan kepada penunggang kapcai mereka. Kekerapan berkonvoi sesama sendiri sambil diawasi oleh ahli MLB penunggang motosikal berkuasa tinggi.

Info tentang isyarat tangan yang sering diguna pakai sewaktu berkonvoi dan langkah-langkah perlu diambil sekiranya berlaku insiden yang tidak diingini.


Itu antara latihan asas diberikan kepada penunggang kapcai serta ahli MLB yang kurang berpengalaman. Hasil didikan ternyata membuahkan kejayaan serta mendapat kepujian.


Kenyataan Kak Mas dibuktikan semasa MLB menyertai konvoi bersama Annaco iaitu grup motosikal dari Singapura.


Lebih dari 300 buah motosikal menyertai konvoi sepanjang 2km jaraknya. Destinasi ialah Yayasan Solok Saga di Sg Umbai, Melaka.

Menurut Presiden MLB, kelab sentiasa memberi peluang kepada ahli yang ingin meneroka lebih mendalam tentang dunia permotoran.


Contohnya jika ada ahli yang ingin mengembara secara solo atau dalam kelompok yang kecil,MLB sentiasa menyokong dan membantu semampu mungkin.


Pelbagai aktiviti kemasyarakatan serta kunjngan kepada grup motosikal wanita dari luar negara akan diadakan dimasa mendatang.


Kini nama MLB sudah cukup terkenal di Singapura, Sarawak dan Sabah.


Semoga usaha dan budaya MLB menjadi tauladan buat grup motosikal wanita yang lain.

Moto MLB cukup mudah,"Menunggang berhemah ramai kawan,Menunggang berlagak kita dibenci"








Saturday, January 11, 2020

Honda CBR150R(2020) - Masuki Pasaran Indonesia

Barisan Honda CBR150R
Kami minggu lepas menerima kenyataan akhbar dari Honda Malaysia tentang pelancaran Honda RS150 (2020) versi yang di naiktaraf (Facelift) merupakan model pemula tahun 2020.

Tetapi kita masih tertinggal di belakang pasaran Indonesia. Peminat Honda di negara Indonesia telah dipertontonkan dengan sportbike CBR150R (2020) yang juga edisi facelift.

Model terkini Honda sportbike CBR150R telah dilancarkan oleh PT Astra Honda(AHM) sempena tahun 2020. Tester mendapat khabar model ini terdapat 5 varian.

1. Varian CBR150R Dominator ABS. Warna baharu serba hitam di kenali dengan Matte Black(hitam Kusam).Ianya bagi memenuhi cita rasa peminat sportbike negara tersebut.
Harga yang ditawarkan :-RP35,633,000(RM10,485)

Dominator 150-ABS

2. Matte Black ini juga di tawarkan dengan Konsep Sport Jalanan Standard.
Harga yang ditawarkan :-RP34,934,000(RM10,280)

Sport Standard
3. Varian Victory Black Red (hitam merah) berkonsepkan "Racing Look" ABS.
Harga yang ditawarkan:-Rp34,934,000(RM10,280)

3 Varian Matte Black
4.Varian CBR150R Racing Red Standard dengan ABS.
Harga yang ditawarkan:-Rp35,633,000(RM10,485)

Racing Red Standard
5.Varian CBR150R MotoGP Edition dengan ABS.
Harga yang ditawarkan ;-Rp39,834,000(RM11,721)

Varian Edisi MotoGP



Wednesday, January 1, 2020

Bunga Api Korbankan Pekerja IT Dan Teknoloji MotoGP

Kenangan Terakhir Mendiang bersama isteri sebelum tragedi 
Acara Sambutan Tahun Baru 2020 di Pattaya bertukar menjadi tragedi  dan meragut nyawa Gary Mclaren seorang kakitangan MotoGp di bahagian IT dan Teknoloji.

Saksi kejadian, Wassana Ngontai seorang pekerja di Miami A Gogo Bar Pattaya berkata, dia melihat seorang lelaki cuba menyalakan bunga api tetapi gagal untuk kali pertama.

Kali kedua Wassana Ngontai melihat asap dari bunga api dan lelaki berdekatan bunga api.
Selepas itu terdengar letupan kuat menyebabkan lelaki tersbut jatuh.

Gary Mclaren 50 warga British berasal dari Corby,Nothamptonshire dan isterinya Jasmine seorang warga Thailand baru pulang dari London berjumpa ibubapanya.

Menurut  Kapten Polis Nakhonrat Nontseelard, Ketua Setiausaha Pejabat Strategik Polis Bandar Pattaya berkata: "Kami diberitahu bahawa seseorang telah terbunuh akibat letupan di Pattaya Beach Soi".

Para Penyelamat telah memberikan rawatan kecemasan namun Gary Mclaren gagal di selamatkan.

Polis Thailand telah memaklumkan Kedutaan Britain di Bangkok mengenai insiden itu. Mayat Gary McLaren dibawa ke hospital untuk bedah siasat.





Monday, December 30, 2019

'SERIAN DURIAN RIDE" - Program Terakhir SAMA 2019



SAMA (Sarawak Motorcycle Association) menutup tirai program 2019 dengan mengadakan konvoi "Serian Durian Ride" baru-baru ini.

Bermula dari Stesen Jernang Petronas melalui Lebuhraya Kuching-Samarahan, Jalan Kuching Outer Ring, Jalan Kuching-Serian (Jalan Tun Hussein Onn) menuju ke lokasi di Tasik Danu Serian.


Konvoi di ketuai oleh Presiden SAMA Datin Seri Elly Zalilah Mohd Yusoff .Konvoi yang cukup panjang membabitkan 350 orang penunggang motorsikal dari pelbagai jenis.


Pengasas Kuching International Bike Week, Dato Seri Shahrizal Mohd Ishak tidak ketingalan menyertai konvoi penutup program SAMA bagi tahun 2019 .

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah bersama isterinya, Datin Zuraini Abdul Jaabar juga turut menyertai konvoi yang mencatat sejarah SAMA.


Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah sememangnya tidak asing bagi pemilik dan penunggang motosikal di Sarawak. Beliau seorang penunggang yang cukup berpengalaman dan kental.

Jelas dapat di lihat program diadakan bertujuan meningkatkan hubungan antara ahli pelbagai kelab motosikal di negeri Sarawak.

Mereka terdiri daripada semua denominasi sama ada memiliki motosikal besar dan kecil serta dari pelbagai kaum dan agama.


SAMA secara rasmi didaftarkan pada 15 Ogos lalu. Terdapat 100 kelab motosikal  tempatan di negeri Sarawak berpayung di bawah SAMA. Terkini SAMA memiliki 4,000 ahli.

SAMA berhasrat untuk diiktiraf sebagai badan berkuasa motosikal negeri, bertindak sebagai platform rasmi untuk semua penunggang motosikal Sarawak.


Peserta konvoi "Serian Durian Ride" telah di jamu sebanyak 500 biji buah durian di Kampung Sorak Melayu yang ditaja oleh SAMA.


Semoga usaha SAMA dalam memperjuangkan hak penunggang motosikal untuk menggunakan jalan raya yang selamat dan sopan mencapai matlamat.





Thursday, December 12, 2019

9th Sibu Bike Week - Bertambah Matang


Tahun ke 9 dan saban tahun semakin banyak kemajuan yang di pertontonkan kepada pengunjung. Itu lah SIBU BIKE WEEK.


Sibu Bike Week sememangnya satu acara perkumpulan motosikal yang terbesar di Borneo. Bulan disember setiap tahun menyaksikan Bandaraya Sibu di penuhi dengan pelbagai jenis motosikal.

Tujuan penunggang motosikal berkunjung ke bandaraya Sibu hanya satu iaitu menyertai acara Sibu Bike Week. Terbukti acara Sibu Bike Week berpontensi menjana ekonomi pada kerajaan negeri.


Tahun 2019 sekali lagi bandaraya Sibu di gegarkan dengan dentuman ekzos motosikal di Sibu Bike Week. Namun 2019 menyaksikan susun atur acara tahunan ini bertambah matang dan terhindar dari kebingitan dan asap motosikal.

Abdul Razak memberi tunjuk ajar kepada kedua anak lelakinya 
Menurut Abdul Razak  Abdul Salam, penganjur Sibu Bike Week. Pengunjung dari pelbagai negeri dan negara yang datang ke Sibu tidak akan serik untuk berkunjung buat kedua kalinya.

Ini kerana Sibu merupakan bandar ketiga terbesar di Sarawak selain dari Kuching dan Miri.
Tambahan pula Sibu adalah sebuah bandar yang baru membangun.

Presiden SAMA, Datin Seri' Elly melepaskan peserta Swan City Ride
Itu antara sebab acara "Swan City Ride" di selitkan dalam program Sibu Bike Week saban tahun. Ianya bertujuan membuka mata pengunjung luar melihat pembangunan serta keindahan bandaraya Sibu.

Peserta Miss Sibu Bike Week 2019
9th Sibu Bike Week berlangsung dalam cuaca yang suram, namun acara yang disusunatur tetap mendapat sambutan yang meriah.Ekzos paling bising, Miss Sibu Bike Week acara yang di tunggu-tunggu oleh pengunjung saban tahun.

Acara ekzos paling bising
Penganjur 9th Sibu Bike Week telah memberi satu kejutan kepada pengunjung. Kemunculan saudara Omar Jumiran, Pemenang tempat kedua AMD WorldChampionship 2018 di Jerman.

Omar Jumiran berkongsi pengalamannya
Peminat serta peserta Auto Show di 9th Sibu Bike Week kali ini cukup bertuah apabila hasil kerja mereka diadili oleh seorang Jaguh yang berjaya mengibarkan Jalur Gemilang di peringkat antarabangsa.

Ladies Bikers dari seluruh negara termasuk Brunei yang hadir
Tahun ini juga menyaksikan jumlah yang cukup ramai penunggang wanita dari seluruh negara dan Brunei yang hadir.

500 peserta Tarian Senaman Zumba bergambar kenangan
Tarian Senaman Zumba telah mencatat rekod dengan 500 orang pengunjung wanita menyertai acara tersebut. Nampaknya 9th Sibu Bike Week berjaya mencatat sejarah.

Ali XPDC -Mantap persembahannya
Persembahan Vokalis XPDC, Ali XPDC cukup mantap. Pengunjung yang rindukan suara Ali tidak berganjak walaupun hujan renyai-renyai. Sepuloh lagu di dendangkan oleh Ali demi peminat yang setia menanti kemunculannya.

Dr Anuar Rapaee merasmikan 9th Sibu Bike Week
9th Sibu Bike Week telah di rasmikan oleh YB DR. Anuar Rapaee Menteri Muda Pendidikan Sains Dan Penyelidikan Teknoloji. Beliau juga merupakan Menteri Muda Perumahan Dan Kesihatan Sarawak.


Dijangkakan Dataran Tun Tuanku Bujang Fasa 2, lokasi acara Sibu Bike Week akan bertambah meriah pada tahun 2020 bersempena sambutan Ulangtahun ke 10 acara Sibu Bike Week.


GALERI:



























































































































Islamik,Berdisplin,Muafakat - Melaka Lady Bikers

Melaka Lady Bikers, bukannya satu nama yang besar dan juga bukan grup motosikal yang dilimpahi dana berjuta. Intergriti ahli serta pemimpi...